Cara Buat Nugget Homemade Tanpa Perlu Kukus, 10 Minit Dah Siap

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Cara Buat Nugget Homemade Tanpa Perlu Kukus, 10 Minit Dah Siap

Makanan segera seperti nugget dan sosej sudah pastinya menjadi kegemaran anak-anak. Pantang dihidangkan mesti licin dan ini menjadikan mereka kurang berminat untuk makan makanan utama seperti nasi. Bimbang juga dengan kandungan bahan dalam makanan segera ini jadi salah satu solusinya adalah anda kena buat sendiri makanan ringan ini secara homemade.

Salah satu resepi yang anda boleh cuba adalah nugget homemade yang tidak perlu dikukus terlebih dahulu sebelum digoreng. Mudah dan cepat, dalam masa 10 minit sahaja anak-anak dah boleh makan nugget di rumah!

CARA BUAT NUGGET HOMEMADE TANPA KUKUS

Bahan-Bahan:

  • Isi dade ayam 2 keping*
  • Bawang holland 1 labu*
  • Bawang putih 2 ulas*
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • Serbuk Cukup rasa
  • Tepung jagung agak-agak je..ibu letak dalam 6-7 sudu besar tapi tak penuh..
  • Tepung gandum dalam 1 sudu
  • Serbuk roti

Cara-Caranya

1. Blend smua bahan bertanda *

2. Gaul je sebati dengan bahan lain tu. Bentuk pakai sudu je..

3. Letak dalam serbuk roti celup-celup bagi lekat…Settle!

4. Boleh goreng selalu. Selebihnya, masuk ke dalam freezer..goreng bila perlu..

Siap!

Sumber: Ibu Adam Amsyar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*