Cara Buat Marshmallow Sendiri Di Rumah, Bahan Digunakan Pun Sihat-Sihat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Buat Marshmallow Sendiri Di Rumah, Bahan Digunakan Pun Sihat-Sihat

Marshmallow terkenal dengan tekstur yang lembut dan mempunyai pelbagai bentuk-bentuk yang comel serta warna yang menarik sekaligus telah menjadi kegemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa. Selalunya marshmallow ini boleh dimakan begitu sahaja akan tetapi selepas membuat olahan, ia menjadi lebih menarik dan sedap. Contohnya dicelup dengan coklat.

Walaupun mudah untuk mendapatkan marshmallow di pasaran, tetapi sebagai seorang ibu pastinya ingin membuat sendiri setiap makanan yang digemari oleh anak-anak. Orang kata, itulah penangan ‘air tangan seorang ibu’.

MARSHMALLOW PALING TAK SANGKA BOLEH BUAT SENDIRI

Takut betul nak try tau. Takut tak menjadi sebenarnya dan takut memberi harapan palsu pada anak-anak. Tapi buat jugaklah. Belum cuba belum tahu kan. Dan tak sangka menjadi dengan jayanya. Anak-anak pun terkejut boleh buat marshmallow sendiri haaa.

Bahan-bahan:

  • Raw cane suger
  • Air
  • Gelatin halal
  • Vanila extract
  • Tepung jagung

Mula-mula kisar tepung jagung dan gula 10 saat. Lalu ketepikan sebentar untuk salutan yang terakhir nanti.

Kemudian masukkan gula, kisar pulak 5 saat je. Pastikan sehingga halus mulus tau hasil kisaran kalau tak halus tambah masa lagi. Tapi jangan terlalu lama.

Selepas itu, tambah air, dan masak jap 15 minit. Tinggal je.

Kemudian masukkan gelatin dan vanilla extract, dan masak lagi 2 minit. Pun tinggal je.

Akhir sekali, kentalkan adunan marshmallow selama 7 minit.

Dah siap semua ni, masukkan dalam chiller, tunggu keras sikit. Siap sedia untuk dipotong dan bedakkan dengan gula dan tepung jagung yang telah dikisar tadi.

Dah boleh makan yeayyy! Tapi, tetap tak boleh selalu buat tau sebab tak nak anak biasa sangat dengan gula kan.

Marshmallow bukan untuk makanan harian yang pasti. Cuma sekadar untuk anak rasa dan boleh buat dengan pilihan yang lebih baik kat rumah.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*