Resepi Kukkra Curry, Kari Ayam Versi Nepal. Kuahnya Pekat & Aromanya Menggetar Selera, Memang Sedap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resepi Kukkra Curry, Kari Ayam Versi Nepal. Kuahnya Pekat & Aromanya Menggetar Selera, Memang Sedap

Kukkra Curry adalah salah satu masakkan yang berasal daripada Nepal. Kukkra Curry ini lebih kepada masakan kari cumanya yang membezakannya adalah ia tidak menggunakan santan dan daun kari sebagai bahan utama. Bahan utamanya adalah yogurt asli dan daun ketumbar.

Jika anda ingin merasai keenakkan Kukkra Curry ini, ada boleh cuba perkongisan  Aslyna Nor Hassan ini. Resepi ini diajarkan oleh abang iparnya yang berasal daripada Nepal.

Memang sedap sangat dan perlu dicuba. Kuahnya memang pekat, belum masuk lagi aromanya yang menggetar selera. Jom ikuti perkongisan ini dibawah.

RESEPI KUKKRA CURRY ATAU KARI AYAM VERSI NEPAL

Abang ipar saya orang Nepal, dia ada ajar saya masak kari yang berasal dari negaranye. Nama masakkan tu Kukkra Curry atau kita paggil kari ayam. Memang sedap, sebab kari diorang ni lain dari yang lain dan tak pakai santan. Kari ni bukan makan dengan nasi je sedap, makan dengan roti arab pun sedap.

BAHAN-BAHAN :

  • Seekor ayam
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 4 biji tomato – potong dadu
  • Ubi kentang – terpulang
  • 1 pokok ketumbar – letak lebih lagi sedap
  • 5 sudu yogurt asli – yang tiada perisa
  • 6 sudu penuh serbuk kari.

CARA-CARA MEMASAK :

1. Kisar bahan bertanda (*).

2. Tumis bahan kisar, masukkan tomato, serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.

3. Kemudian masukkan ayam dan kentang serta tuangkan sedikit air.

4. Biarkan mendidih sehingga ayam masak. Kemudian masukkan yogurt.

5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar yang sudah dipotong-potong.

Siap, selamat mencuba!

Sumber/Foto : Aslyna Nor Hassan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*