Buat Sendiri Keropok Lekor Asalkan Guna Tepung Ni, Baru Jadi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Buat Sendiri Keropok Lekor Asalkan Guna Tepung Ni, Baru Jadi

Keropok lekor memang sedap digoreng dan makan panas-panas waktu minum petang. Lebih-lebih lagi jika menggunakan ikan segar. Bagi negeri di pantai timur seperti Terengganu, memang terkenal dan cukup popular dengan keropok lekornya yang sedap dan garing.

Rupanya selain ikan segar, keropok lekor yang dibuat perlu menggunakan tepung sagu, barulah jadi elok kejadiannya. Mak-mak boleh cuba buat keropok lekor sendiri ikut resipi yang dikongsikan Fatin Umiyah ini yang merupakan orang Terengganu.

Berikut perkongsian tersebut;

“Saya orang ganu…selain penyu, keropok lekor pun glemer jugak.Hari ni nak share keropok lekor made by mak saya..hihi..buat makan petang.”

“Saya tukang tengok tukang makan je, uli semua mak saya yang buat..sebab air tangan mak selalu nye sedappp.”

“Untungkan jadi anak nelayan..duduk kat tepi sungai dan laut ni..ikan pun fresh.”

Bahan-Bahan:

  • 3 mangkuk isi ikan mentah (selayang/selar) *kisar guna blender kering
  • 3 mangkuk Tepung sagu
  • Garam
  • Perasa
  • Air

Cara Membuat Keropok Lekor:

  • Gaul semua bahan-bahan, sukatan air, garam tu agak agak la.
  • Uli sampai jadi la macam ni.

keropok lekor

Tepung yang dah siap uli.

3. Boleh goreng terus atau rebus dulu.Nak goreng selepas rebus pun boleh, makan yang rebus camtu je pun boleh.

keropok lekor

Keropok lekor yang lepas uli tadi terus goreng

Info Ekstra!

Tepung sagu bukan tepung ubi. Lain tepung-tepung ni..tak sama. Kat kedai runcit ada jual, dia jual by kilogram. Boleh je beli dekat mana-mana asalkan tepung sagu buat keropok. Sebab luar terengganu payah nak cari kan.

keropok lekor

Ni tepung sagunye jual by kilogram. Ayah saya beli tadi rm4/kilo

Selamat Mencuba!

Saya izinkan share..semua boleh share..mak saya halalkan.

Keropok lekor guna ikan fresh dan goreng makan panas-panas memang sedap dan puas hati. Tak susah pun nak buat keropok lekor ni, bahan-bahan pun tak banyak. Memang kena cuba nanti.

Sumber: Fatin Umiyah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*