Resipi Kambing Peratal, Sesuai Dinikmati Bersama Nasi Atau Roti Kegemaran Anda

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Resipi Kambing Peratal, Sesuai Dinikmati Bersama Nasi Atau Roti Kegemaran Anda

Sedap sedap rupanya kambing peratal ni, tambahan pula cara penyediaan yang dikongsikan oleh Michelle Shamila sangat mudah disediakan. Mari kita ikuti perkongsian dibawah ini.

KAMBING PERATAL

Lauk special kegemaran keluarga.. Peratal Kambing.. Dimasak menggunakan rempah ratus, daging kambing dengan tulang dan kali ini ada sumsum tulang pula.. Sekali sekala bolehlah hidang

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging kambing | potong kecil
  • 2 biji bawang merah | hiris
  • 7 biji bawang putih
  • 7 cm halia
  • 5 biji ubi kentang | potong dadu
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 2 sudu kecil jintan manis
  • 1 batang kayu manis
  • 5 biji bunga lawang
  • 3 biji cengkih
  • 5 tangkai daun kari
  • 4 sudu besar serbuk kari daging
  • 5 sudu besar serbuk cili biasa
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • Air
  • Garam
  • Gula

CARA MASAK:

1. Guna periuk tekanan/didih di atas periuk biasa. Rebus daging kambing (isi dan tulang) bersama 2 cm halia (tumbuk) masukkan ke dalam dan masak sampai 3/4 masak untuk lembutkan daging dan kurangkan bau.

2. Tumbuk jintan manis, bawang putih dan halia. Ketepikan.

3. Panaskan kuali, tuang minyak, lebihkan minyak untuk kacau bahan-bahan.

4. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang merah tumis sampai keperangan dan masukkan daun kari.

5. Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk, tumis sampai keperangan.

6. Masukkan daging kambing yang ¾ sudah masak ke dalam kuali dan kacau seketika.

7. Bubuh serbuk kari daging dan cili biasa ke dalam dan kacau sampai sebati.

8. Tuang air secukupnya, cukup untuk tutup daging kambing saja. Kemudian masukkan ubi kentang ke dalam dan kacau.

9. Biar ubi kentang masak, kacau sekali sekala. Bubuh garam dan gula secukupnya.

10. Bila ubi kentang dah masak, pastikan untuk cucuk daging kambing, guna garpu untuk cek dah lembut ke belum.

11. Tuang sos tomato dan kicap pekat. Kacau daging kambing sampai air surut ke tahap kuahnya menjadi pekat.

12. Masukkan tomato dan daun kari ke dalam, kacau seketika dan tutup api. Hidang dengan nasi atau roti kegemaran anda.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Michelle Shamila

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*