Cara Buat Sambal Kicap Pedas, Harum Dan Lemak Manis

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Buat Sambal Kicap Pedas, Harum Dan Lemak Manis

Resepi kali ni ringkas je, iaitu cara buat sambal kicap yang popular di Johor tu. Kan orang kata, orang Johor kalau makan apa pun semua pakai sambal kicap! Haha.. dah itu yang buat gorengan jadi sedap, nak buat macam mana. Itulah namanya kreativiti dalam makanan.

Cara Buat Sambal Kicap Pedas, Harum Dan Lemak Manis

Cara Buat Sambal Kicap Yang Sedap Harum

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kicap manis Jalen
  • 1 sudu besar jus sunquick
  • 40 biji cili padi
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit garam dan serbuk perisa
  • Gula, jika kurang manis

Cara membuatnya:

1. Semua bahan di atas dimasukkan ke dalam blender dan kisar hingga lumat.

2. Siap untuk dimakan dengan tauhu goreng, pisang goreng atau tempe goreng.

Selamat mencuba ya.

Nota:

1. Masukkan 5 tangkai batang cili padi dan kisar sekali supaya rasa pedas tak la pijar di lidah. (ini petua orang tua-tua..)

Resepi sambal kicap ada banyak cara membuatnya, yang saya kongsikan ni adalah salah satu caranya. Jika nak cuba resepi sambal kicap yang lain, boleh klik pada pautan di bawah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*