Masak & Tinggal, Cara Mudah Buat Nasi Impit. Keluar Seketul Cantik Macam Ni

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Masak & Tinggal, Cara Mudah Buat Nasi Impit. Keluar Seketul Cantik Macam Ni

Asyik beli ketupat segera je, apakata kita belajar buat sendiri nasi impit. Sebenarnya tak susah manapun nak buat cuma kena rajin je. Boleh cuba cara yang dikongsi oleh Wan Ros Ina Lina, sebab caranya menarik.

Tip ini menggunakan pressure cooker. Tapi buat yang tiada periuk ini boleh cuba menggunakan rice cooker biasa.

Cara Mudah Buat Nasi Impit:

Beras 1 cawan + air 3 cawan ( beras biasa bukan basmathi) Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air (saya masak 3 cup beras + 9 cup air).

Masukkan ke dalam pressure cooker (saya guna jenama Primada). Tekan butang congee /soup. Kemudian dah boleh tinggalkan. Boleh buat kerja lain.

Jangan guna periuk steel, masak nasi dalam periuk non stick supaya senang nak terbalikkan nasi impit nanti. Barulah nasi impit keluar cantik tak melekat.

nasi impit

Bila dah masak satu tip untuk keselamatan, jangan release wap biarkan wap keluar sendiri. Lepas beberapa minit dah nampak macam ok barulah buka tudung pressure cooker.

Angkat periuk kemudian tekan nasi biar padat. Guna senduk kayu saja, tekan biar padat dan nampak kemas.

Kemudian biarkan nasi impit sejuk tak perlu salin ke bekas lain. Bila dah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Kemudian bolehlah dipotong. Kalau masih panas /suam jangan keluarkan lagi dan jangan potong, biar dulu beberapa jam.

nasi impit

Siap! Boleh makan dengan kuah kacang atau sambal ikan.

Sumber: Wan Ros Ina Lina

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*