Kekal Segar Hingga 6 Bulan, Ini Tips Simpan Udang ‘Fresh’ Supaya Kekal Segar Macam Baru Naik Dari Laut

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kekal Segar Hingga 6 Bulan, Ini Tips Simpan Udang ‘Fresh’ Supaya Kekal Segar Macam Baru Naik Dari Laut

Bahan basah mentah seprti ayam dan ikan contohnya mesti ada tips ataupun petua untuk menyimpannya supaya kekal segar walupun disimpan dalam tempoh yang agak lama.

Begitu juga udang ada cara penyimpanan yang kita boleh gunakan. Yela kan beli udang mahal-mahal kemudian simpan dalam peti tapi lepas seminggu tengok dah pun lembik dan hitam. Ini antara masalah bila nak menyimpan stok makanan laut terutamanya udang.

Udang ini ada cara simpanannya yang tersendiri supaya ia boleh sentiasa segar walau berbulan-bulan lamanya. Macam mana caranya? Mari ikuti perkongsian Tieok Eng dalam group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official di bawah ini.

BOLEH TAHAN SAMPAI 6 BULAN, INI TIPS SIMPAN UDANG ‘FRESH’ MACAM BARU NAIK DARI LAUT

Ni bukan masak apa tak jadi ye. Aunty cuma nak share tip cara aunty simpan udang tahan lama dan sama ‘fresh’ macam yang baru naik dari laut, walaupun aunty simpan hampir 6 bulan kat peti ais beku.

CARA-CARANYA :

1. Bersihkan udang dan letak dalam bekas yang boleh tutup.

2. Masukkan air yang sejuk. Kalau ada mesin Coway guna air yang sejuk. Kalau tak ada, boleh cairkan air ais dulu ye.

3. Lepas tu letak gula sikit, tutup kemas simpan kat peti ais beku,

4. Air biar sama tinggi dengan udang kat bekas tu.

Selamat mencuba.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

Sumber/Foto : Tieok Eng

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*