Resepi Donut Anti Gagal Dan Tak Perlu Perap, Confirm Menjadi Walau Guna Bahan Yang Simple

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Resepi Donut Anti Gagal Dan Tak Perlu Perap, Confirm Menjadi Walau Guna Bahan Yang Simple

Donut merupakan kuih yang sememangnya disukai ramai tanpa mengira lapisan umur dan masyarakat. Dek kerana teksturnya yang gebu dan lembut menjadikan ia snek yang sangat popular.

Namun untuk menghasilkan donat yang gebu gebas, kebiasaanya memerlukan jangka masa yang lama kerana adunan donat perlu direhatkan. Memang agak susah lebih-lebih lagi jika anda tiada masa.

Oleh itu, resepi Donut hasil perkongsian Mar Che ini cukup mudah dan menggunakan bahan yang cukup ringkas namun confirm menjadi. Bila dah siap buat, boleh makan puas-puas.

RESEPI DONUT VERSI ANTI GAGAL

Hari ni buat donut untuk kunyah seharian sampai malam… Donut sis simple ja guna ja apa bahan ada kt rumah..guna tepung gandum ja, tak kesah brand apa janji tepung gandum…. Ada yg nk resepi ke..? Ni donut cara sis versi anti gagal

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 kg Tepung gandum
  • 1/2 paket Yis (yang 11 gm)
  • 1 sudu besar Ovallette (jika Ovallette tiada, gandakan kuning telur)
  • 1 biji Kuning telur
  • 1 sudu besar Gula
  • 1 sudu besar Planta (jika tiada, guna minyak)
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAANYA :

1. Larutkan satu cawan air suam bersama yis dan gula. Biarkan seketika.

2. Selepas itu, dalam bekas lain, gaul tepung gandum, planta, telur, garam dan ovalette sehingga sebati.

3. Tuangkan larutan yis pada adunan tadi dan uli sehingga doh tidak melekat pada jari. Jika doh msih keras, tuangkan sedikit air.

4. Doh tidak perlu diperap, terus canai untuk membentuk donut.

5. Jika tiada acuan boleh tekap menggunakan mulut cawan, dan lubangkan bahagian tengah dengan penutup botol.

6. Taburkan tepung pada talam supaya tidak melekat apabila sudah kembang nanti.

7. Selepas siap dicanai, biarkan kembang dalam 10 hingga 15 minit.

8. Sedia untuk digoreng.

9. Untuk adunan ini, boleh dapatkan 30 biji donut comel. Dan boleh juga buatkan pau diletakkan inti kacang merah.

MEMANG MENJADI DAN SEDAP

DAH BUAT, MENJADI, LEMBUT JE..

MEMANG SEDAP DAN MENJADI, GEBU.. KEMBANG

TAK PERAP PUN KEMBANG DALAM KUALI

Terbukti anti gagal seperti diperkatakan, ramai yang dah cuba.. buat anda selamat mencuba!

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

Sumber/Foto : Mar Che Via IcookAsia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*