Boleh Buat ‘Roti Telur Berhantu’ Ini Kalau Roti Selalu Tak Habis Sampai Expired. Gerenti Licin
Roti putih antara bahan atau menu utama yang dijadikan sarapan mahupun kudapan diwaktu petang oleh ramai masyarakat kita. Namun perasan tak, jika kita beli saiz yang kecil jawabnya tidak cukup. Jika beli saiz yang besar pula tak habis dimakan sampailah tamat tempoh. Maka ke tong sampah lah jawabnya.
Membazir kan? Tapi perkara ini kerap berlaku dalam kalangan kita seolah-olah kita dah terbiasa. Tambahan harga roti pun dah naik sekarang. Jadi elokkan kita tidak biarkan roti expired begitu sahaja.
Jadi untuk elakkan perkara ini terjadi maka apa yang boleh anda lakukan adalah mengolah roti ini menjadi ‘roti telur berhantu’.
Nampak bunyinya menyeramkan namum selepas diolah menjadi roti telur berhantu kerana ia sememangnya sedap dan berebut-rebut dibuatnya. Inilah resepi yang dikongsi oleh Puan Cheyah Saripuddin.
Mari kita ikuti perkongsian ini
RESEPI ROTI TELUR BERHANTU
Ngeri pulak rasa tajuk roti telur berhantu. Tapi betul taw. Sekali kau dah rasa tak boleh stop makan. Lagi-lagi makan waktu panas memang best! Kalau yang dah sejuk rasa still sama cumanya aura sedap tu kureng.
Senang nak buat pula tu sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu. Boleh la view step senang namatey. Ajarkan anak-anak masak gini seronok mereka nanti.
BAHAN-BAHANNYA :
- 6 Keping Roti
- 2 Biji Telur
- 2 Sudu Besar Susu Pekat Manis
Sesuai untuk 6 keping roti kalau dua biji telur.
CARA PENYEDIAANNYA :
1. Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat
2. Kacaulah bagi ianya sebati
3. Celup roti
Cheyah potong empat taw. Kalau tak nak potong pun tak kisah.
4. Haa bagi dua belah celup taw.
5. Gorenglah tanpa minyak atau less sebab kalau minyak banyak ia meresap oiii. Makan minyak la.
6. Haa nampak manis warnanya boleh la angkat
7. Dah angkat tu dia takkan keras. Dia lembut kelepek gini.
Tapi makan dia soft waktu panas-panas.
HAAAA ROTI TELUR BERHANTU
Selamat Mencuba!
Sumber: Puan Cheyah Saripuddin.
Leave a Reply