Cara Buat Kulit Karipap Kentang Daun Sup. Memang Sedap Dan Wangi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Buat Kulit Karipap Kentang Daun Sup. Memang Sedap Dan Wangi

Biasanya kita makan karipap kulit kosong tu kan. Bagi penggemar karipap apa kata anda boleh cuba resepi Karipap Kentan Daun Sup perkongisan oleh Tie Watiezz ini.

Baunya yang wangi akan mebangkitkan lagi selera anda. Memang sedap dan wangi. Buat sendiri je. Jom lihat bahan-bahan dan cara penyediaanya.

RESIPI KARIPAP DAUN SUP

Karipap cara saya , panas-panas lagi.. kulit dia kita letak daun sup..

BAHAN KULIT KARIPAP:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 1 senduk daun sup cincang
  • 2 sudu makan marjerin
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya

CARA-CARA:

  1. Panaskan marjerin dan minyak. Setelah marjerin cair, biarkan suam.
  2. Satukan tepung, garam, daun sup dan marjerin suam tadi. Ramas supaya berderai.
  3. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh.
  4. Perap sekejap dalam bekas bertutup selama 10 minit. Kemudian bolehlah mulakan proses buat karipap.

BAHAN-BAHAN INTI KENTANG:

  • 7 biji ubi kentang – direbus sebiji-sebiji. Jangan potong.
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • Sedikit halia
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 sekawan (pelaga,cengkih,bunga lawang,kayu manis)
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji kiub pati daging (optional)
  • Garam secukup rasa.
  • 1/2 cawan air
  • Daun sup secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Rebus ubi kentang hingga empuk. Toskan kemudian tumbuk/potong kasar. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan, bawang besar, bawang putih, daun kari dan halia.

3. Masukkan rempah kari dan air. Tunggu hingga pecah minyak sedikit anggaran 5 minit.

4. Perlahankan api, masukkan garam dan kiub pati daging.

5. Setelah rempah masak, padamkan api, buang rempah 4 sekawan.

6. Masukkan ubi kentang yang ditumbuk kasar tadi. Gaul rata bersama rempah.

7. Akhir sekali, tabur daun sup yang dicincang.

8. Ambil doh karipap tadi dan bentukkan bulat.

9. Ambil doh, canai jangan terlalu nipis.

10. Kemudian masukkan inti dengan secukupnya. Kelim dan bentukkan menjadi karipap.

11. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.

HASILANYA.. SIAP UNTUK DINIKMATI

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto: Tie Watiezz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*