Cara Buat Lasagna Paling ‘Simple’ Guna Roti Buku. Mudah Dan Sangat Sedap

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Cara Buat Lasagna Paling ‘Simple’ Guna Roti Buku. Mudah Dan Sangat Sedap

Selain pizza, lasagna juga merupakan salah satu makanan Itali yang sedap dan ramai penggemarnya. Jika anda tiada menu sarapan atau makan tengahari esok apa kata anda cuba makanan barat pula jika jemu makan nasi.

Rupanya, ada cara buat lasagna yang mudah dan sangat sedap menggunakan roti. Resepi ini dikongsikan khas oleh Sha Farina. Berikut adalah cara buat lasagna mudah untuk anda cuba di rumah. Simple saja, sesiapa pun mesti boleh buat.

ROTI LASAGNA SIMPLE TAPI SEDAP

Bread lasagna. Mudah dan sangat sedap

BAHAN-BAHAN:

  • Roti Buku (tak kisah apa brand sekali pun)
  • Susu
  • Telur,
  • Butter
  • Keju
  • Sos Preggo
  • Daging
  • Cendawan

CARA-CARA MEMBUATNYA :

1. Pertama sekali, buat bancuhan susu dan telur.
2. Kemudian, sediakan kuah spagetti mengikut selera masing-masing.
3. Lengserkan loyang dengan butter.
4. Selepas itu, celup roti dalam bancuhan susu dan telur, kemudian layerkan dalam loyang.
5. Kemudian, letak kuah spagetti dan ratakan.
6. Letak pula kepingan keju.
7. Ulang langkah 4-6 sampai 3 lapisan.
8. Kemudian, taburkan parutan keju.
9. Tuang lebihan susu dan telur itu kalau ada.
10. Bakar selama 30 minit pada suhu 170c, tetapi ikut oven masing-masing dan siap.

Mudah je nak buat resepi lasagna ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Sha Farina

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*