Cara Buat Ikan Sambal Thailand. Memang Buat Terliur, Sedapnya Memang Lain Macam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Cara Buat Ikan Sambal Thailand. Memang Buat Terliur, Sedapnya Memang Lain Macam

Mungkin ramai yang dibiasa dengan masakan ikan sambal. Sesekali apa kata anda cuba ikan sambal thailand ini. Aroma dan rasanya memang boleh buat anda terliur, sedapnya memang lain macam.

Nah! jom buat untuk menu tengahari ni, anda boleh ikuti cara yang dikongsikan oleh Puan Ameera ini. Selamat mencuba.

IKAN SAMBAL THAILAND ปลาพริกไทย

1. Gorengkan ikan dulu. Nak guna ikan apa pun boleh.

2. Ini bahan utama. Kalau nak pedas, tambah lebih. Semua bahan ni dikisar pakai chooper. Kalau tak ada chooper, boleh pakai lesung batu. Sebabnya kita nak hasil jadi kasar.

3. Pakai minyak goreng ikan tadi saja. Tumiskan bahan sehingga pecah minyak. Pecah minyak maksudnya minyak dah bertakung atas sambal.

4. Masukkan 2 batang serai.

5. Masukkan daun limau. Batang tengah buang nanti pahit.

6. Tambah sos cili 2 sudu makan, sos tiram 2 sudu makan, dan mushroom seasoning. Kalau tak ada pakai secukup rasa. Sama saja.

7. Masukkan 1 sudu sos ikan (gambar sotong)

8. Gula somtan 1 sudu. Kalau tak ada guna gula putih.

9. Perah limau nipis satu biji. Gaul rata. Tak perlu letak garam dah, sebab sos ikan dah masin

10. Nak letak bawang silakan, tak nak pun tak mengapa.

11. Masukkan ikan dan gaul.

SIAP!

Selamat mencuba.

Sumber/Foto : Ameera

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*