Cara Buat Air Nenas Rebus. Sangat Sedap & Menyegarkan, Pasti Tak Cukup Secawan
Nenas merupakan salah satu ‘superfood’ yang mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat sehinggakan ada pakar yang menyatakan bahawa pengambilan nenas mampu memberi hampir keseluruhan keperluan tubuh badan.
Selain dimakan begitu sahaja ia boleh juga dijadikan jus. Kebiasaanya jus nenas ini kita blender sahaja kan?. Mesti jarangkan dengar air nenas rebus. Jika anda ingin tahu ‘Air Nenas Rebus’ ini anda boleh baca perkongsian Cheyah Saripuddin ini.
RESEPI AIR NENAS REBUS
Mesti jarang kan dengar air nenas rebus. Selalu kita tahu air jus nenas yang diblander. Petang ni cheyah teringin nak minum air nenas style gini. Tambahan ada lebihan suku buah nenas baki buat laksa.
BAHAN – BAHAN :
- 1/4 biji nenas dio potong dadu
- 1 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 1 helai daun pandan
- Ais secukupnya
CARA PENYEDIAANYA :
1. Satukan semua bahan-bahan di dalam kuali. Panaskan dengan api yang sederhana.
2. Biarkan ia mendidih dan gula larut. Kemudian, agak-agak ia dah sebati baru tutup api.
3. Selepas itu, biarkan ia sejuk sekejap. Boleh ambil ais dan masukkam dalam gelas. Bancuh macam air biasa.
Jika terasa manis tu tambah la air masak. Then boleh hidang minum petang dengan pisang goreng.
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Cheyah Saripuddin
Leave a Reply