Anak-Anak Ulang Makan, Resepi Agar-Agar Milo Legen Ni Memang Sangat Sedap

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Anak-Anak Ulang Makan, Resepi Agar-Agar Milo Legen Ni Memang Sangat Sedap

Agar-agar Milo ini antara  pemanis mulut yang mudah disediakan. Bahan-bahan pula kebiasaanya memang sedia ada di dapur. Kebiasaanya bila dah siap disejukkan sekejap je habis dimakan anak-anak.

Selain sedap, resepi perkongsian Puan Ina Aniza ini juga merupakan merupakan kegemaran anak-anaknya. Malah resepinya juga sangat ringkas. Nak tahu cara membuatnya, jom ikuti perkongsian dibawah ini.

RESEPI AGAR AGAR MILO SEDAP & MUDAH KEGEMARAN ANAK-ANAK

Agar agar milo ni memang lejen.. Dari anak sulung kecik-keci sampai la yang bongsu ni dah 7 tahun. Ini lah agar agar milo kesukaan dia orang.. Bagi laa agar agar cantik macam mana pun.. Yang milo ini jugak laa akan berebut.. sekali hadap jer makannya.. Termasuk laa Abahnya pun sama… Jom buat

BAHAN-BAHAN:

  • 1 peket agar-agar tali (25gm)
  • 4 cawan besar air (rujuk saiz cawan dalam gambar)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan Milo
  • 1 cawan air panas (untuk larutkan Milo)
  • Secubit garam halus

CARA-CARA MEMASAK:

1.Satukan agar-agar dan air dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.

2. Kemudian masukkan susu pekat manis, susu cair, bancuhan milo dan garam. Sebatikan.

3. Bila semua bahan sudah larut, bercampur sempurna dan mendidih, padamkan api.

4. Tuang bancuhan agar-agar ke dalam loyang yang bersesuaian. Biarkan sejuk sedikit sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan mengental.

5. Bila agar-agar sudah mengeras sepenuhnya, bolehlah dipotong dan dinikmati.

INFO TAMBAHAN :

Agar-agar ada banyak jenis. Kadang kala sukatan air tidak tepat sangat untuk dapatkan agar-agar yang sempurna.

Tidak menjadi masalah kalau agar-agar terlembik atau terkeras. Kerana nanti boleh diubah suai semuala ikut sukatan yang tepat.

Untuk sukatan asas, 25gm agar-agar bertali dimasak menggunakan 1400ml air. Kemudian bolehlah tambah apa-apa perasa yang disukai.

Sumber/Foto: Ina Anizaina

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*