Cara Buat Sandwich Sushi Guna Roti, Sangat Sesuai Untuk Yang Tak Nak Makan Nasi
Menu perkongsian Shahrul Bieha ini memang menarik dan kreatif. Diolahnya sandwich menjadi sushi. Sushi bread sandwich atau sushi sandwich ini sangat mudah disediakan malah dengan sedikit kreativiti ia bukan sahaja sihat dan menyeyangkan malah dapat meningkatkan selera anda.
Menarik dan boleh diolah menjadi menu diet. Mari kita ikuti perkongsian dibawah ini.
RESEPI SUSHI BREAD SANDWICH
Baru sempat nak letak resepi tak sangka ramai yang nak. Semoga kalian murah rezeki cuba lah insyallah sedap..
BAHAN-BAHAN :
- Seaweed roasted potong 2 (beli yang khas untuk buat sushi)
- Roti Gardenia
- Salad secukupnya
- Mayonis
- Carrot yang telah dipotong memanjang
- Sosej / crabstick dicelur dan dipotong-potong
Nota: Ramai yang tanya nak beli seaweed dekat mana yang halal. Biasanya boleh beli dekat Aeon atau Shopee mudah nak dapat.
BAHAN-BAHAN TOPPING :
- Sos cili
- Mayonis
- Sos thousand island / sos keju
- Bijan
CARA-CARA PENYEDIAANNYA :
1. Sapu dahulu mayonis pada roti di bahagian depan dan belakang.
2. Susun roti pada seaweed yang telah dipotong dua dan lenyekkan roti tersebut untuk memudahkan rolling seperti sushi.
3. Kemudian, susun carrot, sosej dan daun salad seperti nak buat sandwich.
4. Gulungkan sandwich sushi dan boleh potong kepada 5 bahagian.
5. Boleh hiaskan dengan bahan topping mengikut kreativiti masing-masing.
Dah siap, korang dah boleh menjamu selera dan sesuai juga untuk bawa bekal.
sandwich sushi
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Shahrul Bieha
Leave a Reply