Resepi Roti Nan Gebu Mudah Sangat Tak Banyak Bahan Bubuh Cheese Lagi Sedap
Memang sedap makan roti nan. Tapi nak mencarinya satu hal jugak…Tak banyak kedai yang ada jual biasanya roti nan ni memang ada di kedai mamak jerklah. Kadang tu rasa tak kena dengan tekak kita. Jadi, jom cuba buat sendiri ikut resepi roti nan Puan Fatihah Hamid ni.
Nampak mudah. Memang gebu-gebas hasilnya! Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara nak buat roti nan selengkapnya.
RESEPI ROTI NAN MUDAH SANGAT
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan tepung gandum, hibu guna bakers choice
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar yis
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil bread improver atau boleh guna baking powder
- 1+1/4 cawan air
- 3 sudu besar minyak masak / Olive oil (saya campurkan)
CARA-CARA:
Mula-mula gaulkan semua bahan dan adunkan sehingga menjadi doh.
Lepas tu tutup doh dan rehatkan lebih kurang 30 minit. Doh akan naik hingga 2 kali ganda.
Kemudian, tumbuk doh bagi keluar angin. Dan bulatkan ikut besar mana kita nak roti nan tu. Lepas tu canaikan.
Masa ni kalau nak bubuh cheese pon boleh. Lepas dah bubuh cheese, bulatkan balik dan canaikan semula.
Yang suka perasa garlic pun boleh bubuh bawang putih yang dicincang / ditumbuk, butter dan parsley / daun ketumbar untuk sapuan masa masak nanti.
Kalau suka roti nan yang kosong, skip langkah ni dan terus masak atas api. Saya masak roti yang dah dicanai tadi di atas kuali non-stick pan.
Guna api paling kecil dan tutup dengan tudung periuk masa memasak tu. Agak-agak dah masak, bolehlah angkat.
Siap!
Boleh cicah dengan kuah atau makan ratah macam tu je. Mudah kan? Macam nilah kejadiannya bila dah siap. Tengok dalam dia, memang gebu habis!
Lepas ni bolehlah cuba buat roti nan sendiri dekat rumah. Lagi jimat, sedap, segar dan boleh makan puas-puas.Rugi tak cuba tau.
Jika anda suka dengan artikel ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.
Sumber: Puan Fatihah Hamid
Leave a Reply