Menu Mudah Terlajak Sedap Ini Resepi Kerabu Sardin

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Menu Mudah Terlajak Sedap Ini Resepi Kerabu Sardin

Biasanya selain dimakan begitu sahaja, ikan sardin juga dimasak sambal, masak lemak cili padi, kari dan bermacam-macam lagi. Tapi pernah anda cuba Kerabu Sardin? Ha…mesti tak pernah kan? Admin pun baru pertama kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hunny Wanny.

BAHAN-BAHAN

  • Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
  • Bawang besar | dihiris
  • Cili padi | dihiris
  • Cili besar | dihiris
  • Tomato | dihiris
  • Asam keping
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

  • Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.
  • Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
  • Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
  • Sedia untuk dinikmati.

Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.

Info : Asam keping boleh digantikan dengan perahan jus limau lipis. Jumlahnya ikut tahap kemasaman yang anda suka.

Jika anda suka dengan artikel kerabu sardin ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber : Hunny Wanny














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*