Manis Dan Juicy Ini Tip Memilih Buah Tembikai Susu

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Manis Dan Juicy Ini Tip Memilih Buah Tembikai Susu

Selalunya kita pasti akan membeli buah potong yang dijual di tepi jalan, sama ada makan begitu sahaja atau diletakkan serbuk asam. Jika pergi ke pasar malam atau pasaraya, pasti banyak buah-buahan yang dijual, dan ia kelihatan sangat mengiurkan.

Kalau dilihat pada luaran, nampak seperti sudah masak dan manis, tapi, bila sudah sampai di rumah, dipotong untuk dimakan, rasanya tawar, dan tidak begitu berjus. Ia sering terjadi pada buah yang dibeli sebiji terus, seperti buah tembikai susu, yang mana tidak dapat dilihat pada bahagian isinya.

Untuk elakkan perkara sebegitu berlaku lagi, Nurul Fazrena Kamal telah kongsikan petua untuk memilih buah tembikai susu yang manis. Cara ini telah digunakannya setiap kali ingin membeli buah, terutamanya tembikai susu. Jom kita ikuti perkongsian darinya.

Tip Memilih Honeydew Masak, Juicy Dan Manis

Suka honeydew?

Kami suka!

Bukan honeydew je, kami suka buah. Potong kecik-kecik, simpan dalam tupperware, bawak masuk fridge. Makan sejuk-sejuk, best awak!

Bagus dijadikan snack sihat seisi keluarga. Harini, Ena nak share tips yang selalu Ena buat kalau nak beli buah honeydew.

1. Bau di bahagian tangkainya

Ada bau manis dan fresh tak? Kalau ada, amek. Kalau takde, yok kita move on bau buah honeydew yang lain pulak. Bila ada bau tu maksudnya dah masak tu.

2. Tidak berkilat

Kulit. Tengok kulit dia, shining tak? Kalau berkilat licin, letak. Cari yang lain. Cari yang kulitnya nampak dull, sebab kalau berkilat biasanya kerana di petik sebelum ianya masak. Atau belum masak lagi tu.

3. Warna kulit

Pilih yang warna kuning ya. Bukan putih. Bukan hijau. Kuning tanda dah ranum.

4. Brown spot

Ada tak nampak macam brown spot dekat kulit tu. Kawasan coklat-coklat tu, macam dalam gambar Ena letak tu. Ha, pilih buah yang ada tanda macam ni ya. Lagi besar tanda tu lagi bagus.

Selalu kita tak pilih kan, sebab nampak buruk je, tapi sebenarnya itulah penanda buah yang manis. Tak kan nak buah juicy je kan tapi tawar, mestilah nak yang juicy lagi manis gitu. Brown spot ni tanda lebah dah pernah datang pada bunga buah ni.

5. Lebih ‘juicy’

Cuba pegang buah tu, dan agak-agak berat buah tu sesuai tak dengan saiznya? Pilih buah yang ‘eh saiz ko macam ni je, awat berat kemainn nih?’.

Buah yang beratnya macam terlebih berat berbanding saiz ni maksudnya isinya juicy.

6. Goncang buah tu

Slow je, jangan sampai tercampak pula buah tembikai susu tu! Dengar, ada bunyi tak? Jika ada bunyi sikit, tu tanda dah ranum dan mekar. Bunyi bijinya tu, dah mulai lekang. Haa Macam ni la caranya kalau nak pilih buah honeydew yang masak, juicy lagi manis. InsyaAllah.

Selamat mencuba!

Jika anda suka dengan artikel cara memilih tembikai susu ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber: Nurul Fazrena Kamal

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*