![akakpesan1](https://akakpesan.com/wp-content/uploads/2022/11/akakpesan1-38-678x381.jpg)
Cara-Cara Buat Rempah Kari Giling Secara Homemade. Pasti Puas Hati
Mudah sahaja. Bila buat sendiri, kita boleh ubah resipi ikut selera masing-masing. Kalau nak pedas, boleh lebihkan cili.
Kalau nak kari warna terang, boleh lebihkan kunyit. Lagipun rempah kari homemade ni lebih sedap dari yang dibeli. Terasa wangi bahan-bahan yang digunakan. Jom cuba resipi perkongsian Puan Normah Bahari ni. Pasti puas hati.
REMPAH KARI IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 10-12 biji cili kering
- 3 sudu besar rempah biji ( ketumbar )
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
- Kunyit hidup sebesar ibu jari
- 10-15 biji lada hitam
- 2 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar jintan manis
CARA PENYEDIAAN
Semua bahan dibasuh, tapis dan rendam air panas selama 10 minit , KECUALI bawang dan kunyit hidup.
Kemudian blend/kisar kesemuanya sehingga betul-betul halus.
Sedia untuk dibuat kari .
INFO:
Setelah siap boleh dimasak cara yang sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tidak akan rasa was-was lagi .
Kalau ada penggiling boleh gunakan untuk rasa yang lagi sedap.
Sumber: Puan Normah Bahari
Leave a Reply