Begini Cara Sebenar Nak Buat Ikan Rebus ‘Original’ Yang Paling Simple Dan Dijamin Sedap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Begini Cara Sebenar Nak Buat Ikan Rebus ‘Original’ Yang Paling Simple Dan Dijamin Sedap

Ikan antara makanan laut yang menjadi pilihan bagi hidangan setiap orang. Selain mengandungi protein, ikan sangat mudah untuk disediakan dengan apa saja jenis masakan. Tapi, bagi anda yang dah boring dengan masakan yang sama saja, apa kata anda cuba resipi ikan rebus ini.

Ikan rebus ini antara menu popular negeri Kelantan di mana bukan saja boleh dimakan begitu saja, malah boleh digoreng dan dimakan bersama nasi panas serta budu. Memang sedap!

Resepi Ikan Rebus Original

Bahan-bahan:

Orang lama-lama ni bab rebus ikan memang terer. Maklum la dulu mana ada peti ais. Ikan kalau nak tahan lama mereka akan rebus ataupun jeruk macam pekasam.

Tengahari ini cheyah nak kongsikan tips bagaimana nak rebus ikan paling terangkat. Wajib tau ada empat bahan ini. Memang terangkat sungguh makan begitu saja pun sodapp aiiihhhh!

  • Semestilah kena ada ikan. Cheyah suka guna ikan selayang 1kg
  • Asam keping (6-7 keping)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Cuka makan (2 sudu makan)
  • Air sedukupnya. Jangan letak banyak sangat sekadar tenggelam ikan.

Cara-caranya:

Rebus sehingga masak:

Cara prosesnya memang mudah je. Alahai campurkan semua letak atas dapur terus masak. Tunggu ia mendidih la dulu. Boleh dimakan begitu saja ataupun goreng.

Makan bersama kuah

Ambil kuah makan macam ni pun sedap! Boleh letak cili bagi yang suka pedas.

Goreng pun sedap

Boleh juga toskan ikan rebus kemudian goreng bersama hirisan bawang. Terbaik rasanya!

Sumber: Bahiah Saripuddin














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*