Api Dapur Dah Tak Kuat Cuba Servis Sendiri Jimat Tak Payah Beli Dapur Baru

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Api Dapur Dah Tak Kuat Cuba Servis Sendiri Jimat Tak Payah Beli Dapur Baru

Biasanya bila api dapur dah tak kuat ( berwarna biru ), ramai yang akan ke kedai untuk beli tungku dapur yang baru. Yang lebih best masa inilah peluang untuk golongan ibu minta dapur baru.

Jadi untuk mudahkan kerja ibu-ibu, cuba ikut langkah seperti yang dikongsikan saudara Abdul Ghopar Zakaria Ansari‎.

Cara Servis Api Dapur Yang Dah Tak Kuat

Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan. Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?

Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja rmntik servis dapur kesayangan kita.

Alat-alat yang perlu disediakan:

  • Playar
  • Paku saiz seinci setengah
  • WD-40 (Spray anti karat)
  • Pisau

Cara-cara servis dapur

1. Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)

2. Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti)

3. Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)

4. Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)

5. Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)

Sharelah jika bermanfaat pada uolss.

Sumber: Abdul Ghopar Zakaria Ansari














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*