Sosej Tanpa Pengawet Dan Tiada Perasa Tambahan Ini Resepi Mudah Buat Sendiri Di Rumah

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sosej Tanpa Pengawet Dan Tiada Perasa Tambahan Ini Resepi Mudah Buat Sendiri Di Rumah

Ramai ibu bapa yang melarang makanan untuk anak-anak tapi kesian juga kalau anak teringin nak makan. Jadi cara terbaik adalah buat sendiri. Homemade sosej versi sihat tanpa pengawet, perasa tambahan malah boleh letak sayur dan bahan lain yang kita suka.

Caranya boleh ikut perkongsian Marlina Musafir.

Homemade sosej versi sihat

Alang-alang dah buat kita bubuh sayur-sayuran kesukaan. Yg penting bersih, tiada bahan pengawet, tiada perasa tambahan.

Bahan-bahan:

  • 500gram isi¬†ayam
  • 1 sudu teh garam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh garlic powder
  • 1/2 sudu teh blackpepper (option)
  • 1 sudu chili flakes (kalau nak pedas. Kalau tak letak pun takpe)
  • 1 gelas kecil air / stok ayam
  • Sayur-sayuran ikut suka (Carrot, daun sup, mushroom)
  • Cream cheese (option) tak letak pun xpe. Nak gantikan dgn cheese lain pun boleh.
  • Tepung ubi (agak-agak je)

Cara membuat:

1. Kisar semua bahan di atas (saya guna food processor).

2. Paipkan dalam plastik aiskrim. Ikat ketat (tujuannya supaya air tak masuk semasa merebus).

3. Rebus sampai masak. Saya kukus saja lebih kurang 15-20 minit.

4. Dah siap kukus atau rebus boleh sejukkan dan buka plastik dan goreng. Nak frozen kan pun boleh.

5. Adunan ini boleh hasilkan dalam 15 batang sosej. Ikut saiz yang kita nak.

6. Bahan boleh tambah dan tukar ikut kreativiti masih masing.

Selamat mencuba.

Sumber: Marlina Musafir














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*