Hias Tingkap Dapur Rumah Ini Kaedah Buat Nampak Cantik Tak Kosong

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Hias Tingkap Dapur Rumah Ini Kaedah Buat Nampak Cantik Tak Kosong

Tingkap dapur yang biasa kalau sudah lama, dah tak cantiklah kan kerana cerminnya tidak berkilat seperti dahulu. Jadi, langkah efektif yang boleh diambil adalah dengan ‘membalut’ cermin dapur tersebut. Macam mana? Ikut cara-cara dibawah ini.

BAHAN-BAHAN

1. Mirror sticker (wallpaper untuk cermin) beli dr Mr Diy..1 roll saiz 90cmX2m. Harga RM23.50..cukup segelung ni untuk tingkap dua panel

2. Air yang dicampur sabun

3. Gunting dan pen marker

CARA-CARANYA

1. Keluarkan cermin dr framenya. Cuci bersih so masa ni la akak excersice mana tak pernah cuci tu boleh la bawa-bawa dicuci ye

2. Letak cermin atas gulungan mirror sticker ambil marker pen dan lukis ikut bentuk cermin..dijadikan sukatan untuk mudahkan masa proses nak dipotong nanti. Potong miror sticker ikut panjang dan lebar yang telah ditanda

3. Basahkan cermin dengan air yang bercampur sabun sikit. Nak wangi kau tambah syampoo anak kau.

4. Buka kepingan plastik dari mirror sticker yang telah dipotong. Plastik lapik ni sangat nipis kena betul-betul tengok untuk kopek tu.

5. Tampal pada cermin.. Ratakan elok-elok. Gunakan kain untuk tolak mirror sticker dari tengah ke tepi di samping hilangkan gelembung udara (air bubble) jika ada. Pasang mirror sticker ni pada SALAH SATU bahagian cermin sahaja

6.Cermin yang telah siap dipasang mirror sticker letakkan kembali ditempat asal di frame tingkap. Tu gambar bahagian dalam dan luar tingkap setelah dipasang mirror sticker mudah sahaja nak pasang kos murah dan tak makan masa yang lama pun.

Dah siap! Cantik kan? Sesiapa yang tak sempat nak cantikkan dapur , boleh la guna cara ini untuk cantikkan tingkap dapur.

Sumber: Suhana Mat Rasu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*