Dengan Kos Paling Bajet ‘Simple’ Tapi Cantik Buat Sendiri Cermin Mekap Berlampu

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Dengan Kos Paling Bajet ‘Simple’ Tapi Cantik Buat Sendiri Cermin Mekap Berlampu

Bagi yang rajin jenguk ke kedai Eco, Mr DIY, dan yang sewaktu dengannya, mesti perasan ada cermin muka yang murah – iaitu sekitar RM2-RM5. Tak kisahlah sama ada anda menggunakan cermin ini atau cermin yang sedia ada di rumah, ada cara menghias cermin tersebut menjadi hasil deko yang ekslusif untuk menaikkan lagi seri ruang rumah anda.

Mari kita ikuti perkongsian Puan E’zzati Zainol yang menunjukkan cara terperinci menghasilkan cermin mekap berlampu atau vanity mirror dengan kos yang paling bajet. Bahan yang digunakan memang mudah nak dapat. Hasilnya pula sangat cantik, siap ada lampu lagi!

Hanya 4 bahan utama yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN

  • Kotak terpakai
  • Wallpaper
  • Fairy lights
  • Bola ping pong

Lampu ini memang ada dijual macam ni dah siap dengan bateri. Boleh dapatkan di Kaison.

CARA-CARA

1. Buat Rangka & Balutkan Dengan Wallpaper

Pertama sekali, potongkan kotak ikut ukuran cermin yang kita ada.

Kemudian, gamkan dan balut dengan wallpaper pilihan anda.

2. Tebuk Lubang Pada Kotak

Bila dah siap balut, tebukkan lubang di sekelilingnya dengan menggunakan pensel. Anggarkan jarak mengikut besar bola ping pong.

(Yang ini saya buat contoh je, jadi sebab tu tak balut dengan wallpaper.)

3. Masukkan Lampu

Seterusnya, masukkan lampu di bahagian belakang kotak tadi.

4. Tebuk Bola Ping Pong

Kemudian, tebuk bola ping pong dan masukkan lampu tadi ke dalam bola pingpong.

Kalau rasa tak cukup terang, boleh masukkan lagi banyak lampu ke dalam bola ping pong. Kalau nak lagi terang, guna bulb LED.

Bila dah OK, boleh gamkan supaya lebih kukuh.

5. Siap

Tada… Dah siap rupanya. Mudah kan?

Kalau tutup lampu, beginilah rupanya.

JIMAT TAPI TETAP CANTIK

Kalau nak beli satu set yang siap, mestilah berkali ganda lebih mahal. Bolehlah DIY sendiri, sekadar buat suka-suka saja. Walaupun DIY, ianya tetap cantik dipandang, praktikal, dan ekslusif. Yang penting, ia memang menjimatkan poket anda.

Jadi, tunggu apa lagi. Jom jadikan cermin berlampu ini sebagai projek hujung minggu anda!

Sumber: Puan E’zzati Zainol

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*