Bunga Ros Lebat Kembang Setaman Ini Tip Mudah Untuk Hasilkan
Setiap kali ke nurseri, mesti ramai yang geram tengok pokok ros yang berbunga lebat. Nak tak nak, tersangkut lah sepasu.
Tapi, habis segala kudup bunga ros menjadi mekar, pokok sudah tidak mengeluarkan bunga lagi. Jika ada pun tak semeriah ketika dibawa pulang dari nurseri.
Ada orang kata tak bagi baja. Tapi, macam-macam baja dah di beri. Apa lagi yang perlu dilakukan.
Bunga Ros Lebat Kembang Setaman, Ini Caranya
Hakikatnya, bunga ros atau mawar memang tanaman yang mudah untuk di tanaman namun cerewet dan mudah mendapat ancman penyakit. Azni A. R Azizan berkongsi cara untuk menghasilkan bunga ros lebat berbunga yang merimbun dengan mudah.
Dulu kalau beli pokok bunga ros ni memang masa beli tu sahaja dapat tengok bunganya. Jangan kata nak tengok bunga, pokok dapat hidup pun dah cukup bertuah. Tapi lepas dapat petua dari cikgu sekolah dan saya cuba praktikkan memang menjadi-jadi bunga ros lebat kembang setaman. Non stop blooming siap dapat buat anak pokok lagi.
Buang daun-daun yang telah rosak dan mula kuning.
Bagi yang bunga dah berkembang mekar dan mula nak layu, ia perlu dicantas dan tanam pada tanah untuk hasilkan anak baru. Namun untuk hasilkan anak pokok, potonggan perlu disertakan dengan 3-5 helai daun dari bahgain bawah bunga
Gunakan baja dari kulit telur. Hancurkan kulit telur yang telah dibersihkan dan tabur pada pangkal pokok. Ia akan membekalkan kalsium dan menghasilkan daun yang bersaiz lebar
Sebaiknya, lakukan penamanan semula atau repotting dengan saiz pasu yang lebih besar untuk memberi keselesaan kepada akar pokok bergerak bebas. Kalau rajin, boleh pecah-pecahkan rumpun ros yang dibeli ini kerana kebiasaanya satu pasu yang dibeli dari nurseri mengandungi 3-4 pokok
Pastikan ros menerima pengamatan cahaya secara telus terutamanya di waktu pagi sekurang-kurangnya 6 jam sehari
Siraman perlu di lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Namun ketika musim hujan, pastikan medium tanaman kering sepenuhnya sebelum lakukan siraman. Jika masih lembap, tak perlu disiram.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Leave a Reply