Boleh ‘Halau’ MakhIuk Perosak Hanya Guna Bahan Ini Sebagai Baja
Pelbagai jenis baja dah digunakan tetapi tidak nampak hasil yang memberangsangkan. Apa kata anda cuba menggunakan campuran serbuk kopi dan kulit telur yang khabarnya, sangat berkesan dan mampu mengawal serangga perosak secara organik seperti yang dikongsikan di bawah ini. Mana tahu menjadi, jimat pun ya tidak perlu kos yang tinggi pun.
Serbuk Kopi & Kulit Telur Sebagai Baja BERKESAN Kawalan Perosak Organik
Rupanya serbuk kopi terpakai dan kulit telur juga boleh dijadikan baja tumbuhan dan mampu mengawal serangga perosak secara organik. Jadi daripada dibuang begitu sahaja, boleh digunakan untuk suburkan pokok-pokok yang kita tanam.
Jangan buang kulit telur kerana banyak khasiat untuk pokok kita. Saya mula mengumpul kulit telur selepas saya membaca satu artikel mengenai kulit telur digunakan sebagai baja tumbuh-tumbuhan yang berkesan.
Ianya boleh digunakan sebagai baja dan juga sebagai kawalan perosak organik. Saya menggunakan kulit telur dihancurkan dan dicampurkan dengan serbuk kopi terpakai.
BAHAN DIPERLUKAN:
- Kulit Telur (jemur dulu biar kan kering).
- Serbuk kopi terpakai.
- Botol rempah.
CARA MEMBUATNYA:
1. Jemur dahulu kulit telur yang telah dikumpulkan dan biarkan kering.
2. Tumbuk halus kulit telur dengan lesung batu.
3. Begini hasilnya.
4. Campurkan pula dengan serbuk kopi
5. Kacau rata sebati.
6. Masukkan dalam botol rempah agar mudah ditabur pada pokok nanti.
7. Taburkan pada pokok-pokok yang ada.
Selamat mencuba! Kredit: Emi Zurayni
Sumber: Theshaxfeen via Berkebun D Rumah
Leave a Reply