Kain Buruk Sentiasa Wangi Dan Cepat Bersih Ini Kaedah Boleh Buat Senang Saja

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kain Buruk Sentiasa Wangi Dan Cepat Bersih Ini Kaedah Boleh Buat Senang Saja

Selain mencuci dengan cara rendam selama semalaman, apa kata tukar teknik baharu dengan mencucinya setiap hari seperti yang disyorkan oleh pengguna Instagram di bawah ini. Tiada lagi lambakan kain buruk di kedai atau di rumah selepas ini.

TEKNIK RAHSIA KALAU NAK KAIN BURUK SENTIASA WANGI & CEPAT BERSIH

Cuci kain buruk atau kain lap. Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap kan. Yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari! Dan biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, letak sabun dan air. Biar rendam semalaman.

Ini cara Ellie. Cuci setiap hari tau. Tiap petang wajib cuci.

Sedia kan sebiji periuk khas. Beli dekat kedai Eco pun boleh je. Masukkan air dan sabun pencuci. Ellie suka pakai sabun serbuk kain. Lepas tu tambah sikit soda.

Kacau-kacau sebatikan dan masak atas dapur. Masukkan kain lap tadi tu.

Rebus laa dalam 10 minit. Selesai tu tutup api, curah ke sinki (Air panas tu masuk ke ‘longkang” sinki kasi bersihkan juga tu.. haaaa elok!)

Buka air paip dan bilas. Ambil berus, berus kain tu manja-manja cukup dah. Bilas, perah dan sidai. Bersih! Wangi! Senang dan cepat kan?

Selamat mencuba! Lepas ni tiada lagi masalah kain lap berbau busuk dan kotor.

Sumber: Kekcawan














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*