Tip Memilih 4 Jenama Tepung Beras Yang Sesuai Dengan Masakan, Tersalah Beli Rosak Masakan
Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, jenama tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.
Menerusi posting di grup MAHN, saudari Wan Jamiah berkongsi tip memilih jenama tepung beras yang sesuai.
1. TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sangat sesuai untuk mengoreng seperti membuat adunan untuk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan adunan gorengan ikan seperti goreng mamak dan goreng berempa Tepung ini sangat rangup dan sesuai juga untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau atau dhal.
2. TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Sangat sesuai untuk membuat kuih-kuihtradisional seperti contoh Kuih Koci, Kuih Apam Beras Eno dan pelbagai lagi jenis kuih. Tepung jenis ni akan menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat.
3. TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Tepung Beras Cap 5 Gajah ni pula sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee Ini kerana ia mampu menghasilkan produk yanglebih kental
4. TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Sangat sesuai untuk menghasilkan rempeyek dan apam. Jika buat apam,rasa tepungnya kurang namun jika buat rempeyek dan tumpi, hasilnya memang sangat-sangat rangup
Kredit petua & foto: Wan Jamiah
Leave a Reply