Buat Lemang Guna Tin Ini Resepi Mudah Hanya Bakar Dalam Air Fryer Atau Oven

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Buat Lemang Guna Tin Ini Resepi Mudah Hanya Bakar Dalam Air Fryer Atau Oven

Lemang selalunya dimasak dalam batang buluh, dibakar dengan kayu api serta dijual waktu musim raya. Tapi kalau teringin nak makan lemang mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Boleh guna air fryer, bakar atau kukus dalam oven pun boleh.

Boleh cuba buat lemang tin masak menggunakan Air Fryer seperti yang dikongsikan oleh Cik Gu Eyna ini.

Saya nak share buat lemang af (air fryer).

Bahan-Bahan:

  • 6 tin kosong (buang bahagian atas)
  • 18 sudu makan pulut (3 sudu makan X 6 tin pulut)
  • Santan beli Rm5
  • Daun Pisang

Cara Membuat:

1. Potong tin ikut ketinggian air fryer masing-masing. Masukkan daun pisang.

2. Pastikan pulut direndam 1/2 jam dengan air, kemudian toskan dan rendam pula dengan santan bagi lagi berlemak. Tiap tin masukkan anggaran 3 sudu makan pulut dan gunakan santan itu juga masukkan atas skit dari permukaan pulut. Jika nak lembut, tambah lagi santan, perasakan dengan garam sikit.

3. Masukkan dalam air fryer. Kalau takde af boleh kukus atau bakar dalam oven. Step 1 suhu 160 selama 30 minit. Step ke 2 set suhu 180 selama 15 minit. Ikut suka, nak garing lagi boleh tambah masa.

4. Saya guna af.

5. Hasilnya. Ada orang suka berkerak, so boleh tambah masa.

6. Kejadiannya.

7. Lemak berkrim.

8. Sedap dimakan dengan rendang.

Info Ekstra

Masa nak keluarkan dari tin, hentak-hentak manja dulu… Lepas tu keluarkan supaya padat sikit, tapi jangan kuat sangat.

Selamat mencuba.

Jadi buat mak-mak yang ada air fryer tu, jika teringin nak makan lemang ekspress boleh cuba cara yang dikongsikan ini. Mudah sangat.

Sumber: Cik Gu Eyna

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*