Cuma Guna 3 Bahan Buat Keju Sendiri Tapi Jangan Guna Susu Basi
Ramai yang suka makan keju, sampai ada yang cuba buat keju sendiri. Malah ada yang beri cara buat keju ini dengan guna kembali susu yang telah basi.
Jangan ya. Bahaya, sebab susu basi ini ada toksin yang takkan hilang walaupun pada suhu panas.
Kalau teringin sangat nak makan keju tapi bekalan habis boleh buat sendiri ikut cara ini ya:
Bahan-bahan buat Keju:
- Susu segar
- Sedikit cuka putih/cuka epal atau jus lemon
- Garam (jika suka)
- Kain kasa/kain baju T/kain yang jarang
Cara membuat keju:
Panaskan susu hingga mendidih.
Bila mendidih, kecilkan api kemudian tambah cuka ke dalam susu. Boleh tambah sikit-sikit sampai susu terpisah jadi pepejal.
Kacau sehingga susu jadi pepejal (curds) dan cecair kuning kehijauan.
Tapis susu yang sudah pejal dengan kain kasa atau penapis.
Masukkan sedikit garam sebagai perisa ke dalam pepejal keju, jika suka.
Balut keju dalam kain kasa dan keringkan.
Biarkan selama satu atau dua jam sebelum disimpan dalam peti. Boleh makan bersala roti, biskut atau dimasukkan dalam masakan penambah rasa lemak. SIAP!
Kenapa tak boleh guna susu basi?
Keju ni termasuklah dalam kategori hasilan tenusu yang difermentasi seperti yogurt dan susu masam. Rasa masam pada produk hasilan tenusu ni datang dari as1d laktik yang dihasilkan oleh bktria as1d laktik seperti Lactobacillus lactis.
Asid laktik yang terhasil daripada aktiviti bktria ke atas protein juga menyebabkan terhasilnya ketulan-ketulan pepejal yang kita panggil curd atau dadih. Biasanya pengusaha menggunakan starter culture yang khusus untuk menghasilkan hasilan tenusu yang terfermentasi.
Perlu diketahui SUSU BASI yang berketul ketul itu BUKAN DADIH. Kalau nak tahu, bukan bakteria asid laktik saja yang boleh menghasilkan kesan macam tu pada susu.
Susu terpasteur yang rosak adalah disebabkan oleh bktria perosak (spoilage) seperti Pseudomonas dan Bacillus cereus. Bacillus cereus ni bukan sahaja boleh merosakkan susu tetapi boleh menghasilkan T0XlN berba haya yang TAHAN SUHU PANAS.
Jadi kalaupun susu basi tu dipanaskan sehingga suhu mendidih, toksin tersebut TIDAK AKAN MVSNAH. Jadi janganlah membaha yakan kesihatan diri dan ahli keluarga guna semula susu basi untuk buat keju.
Sumber: Food Safety Malaysia & cara buat keju
Leave a Reply