Hapuskan Kutu Beras Confirm Menjadi Guna Bawang Putih

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Hapuskan Kutu Beras Confirm Menjadi Guna Bawang Putih

Kutu beras ini memang selalu kita jumpa dalam beras atau tepung, terutamanya yang dah disimpan lama. Walaupun kecil, serangga ini boleh mengunyah plastik dan juga kertas dengan mudah.

Bila beras dah ada kutu beras, nasi yang kita tanak nanti jadi tidak berapa sedap dan mudah basi. Oleh yang demikian, seorang pengguna TkTk @nz.pgs telah berkongsi cara dan tips untuk menghalau kutu beras ini.

TIPS NAK HILANGKAN KUTU BERAS

Jika dibiarkan kutu ini ‘bersarang’ dalam bekas atau plastik simpanan beras, ia boleh mengurangkan serta merosakkan kualiti beras. Maka dengan itu, kita perlulah mengusirnya seawal mungkin apabila ternampak ‘kelibat’ kutu beras ini.

Masalah yang paling sering adalah kutu beras yang membuat beras jadi bau. Padahal ada sahaja beberapa cara menyimpan beras yang boleh diawet dan harumnya tahan lama.

Selalunya petua orang tua akan suruh kita gunakan cili kering, asam keping dan daun limau purut. Kali ini, berbeza sedikit kerana kita akan menggunakan bawang putih. Selalunya, bawang putih akan buat makanan lebih lazat dan enak, tetapi ianya juga boleh dibuat menjadi penghalau kutu!

Guna bawang putih

Letak bawang putih dalam beras dan benamkan. Boleh juga letak atas permukaan beras dan biarkan seharian. Contohnya, kalau buat masa pagi, petangnya dah boleh periksa dan confirm semua beras kutu hilang.

Kutu beras dikatakan tidak suka pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan yang beraroma seperti bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau serangga ini.

Selain daripada menggunakan bawang putih, pastikan beras yang disimpan haruslah diletakkan pada tempat yang bersih okay!

Selamat mencuba!

Sumber: nz.pgs

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*