Guna Nasi Lebihan Buat Lempeng Nasi Ini Resepi Paling Mudah, Lembut Dan Sedap

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Guna Nasi Lebihan Buat Lempeng Nasi Ini Resepi Paling Mudah, Lembut Dan Sedap

Sesekali pekena lempeng cicah sambal atau kari pun seronok juga. Boleh buat guna lebihan nasi semalam je. Taklah membazir. Sesuai juga dibuat sahur sebab memang ekspres. Kejap je dah siap.

Kadang-kadang tu buntu juga nak masak apa untuk sarapan. Naik jemu makan roti canai dan nasi lemak setiap hari kan?

Jadi, jom kita tengok resepi lempeng nasi yang dikongsikan oleh Puan Bueimah Paimen ini.

RESEPI LEMPENG NASI PALING MUDAH, LEMBUT & SEDAP

Lempeng nasi dengan sambal tumis permintaan cucu. Lama tak makan lempeng dengan sambal ibu nenek, katanya.

Yang berhajat nak mencuba, saya sertakan resepinya di sini. Resepinya saya ambil dari blog chef Che Mat Gebu. Memang mudah sangat.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
  • 3 cawan air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak masak (boleh juga guna minyak zaitun)
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah

CARA-CARA

1. Mula-mula, gunakan blender untuk kisar nasi tadi bersama air.

2. Kemudian masukkan tepung, garam secukup rasa dan minyak masak, kisar lagi hingga rata dan sebati. Keluarkan dari blender dan masukkan dalam satu bekas. Biarkan sekejap.

3. Sementara tu, panaskan kuali leper dan lenser dengan sedikit minyak. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah-tengah kuali. Nak dapatkan bentuk yang cantik, tuang perlahan dan biar ia merata sendiri.

4. Masak dengan api sederhana hingga permukaan lempeng nampak pucat. Bila permukaan dia dah nampak berlubang-lubang, terbalikkan dan masak sekejap lagi hingga p3rang keemasan. Agak-agak dah masak kedua-dua belah tu, terus angkat.

5. Lepas tu ulang kaedah sama untuk baki adunan tadi sampailah habis.

DAH SIAP! Boleh hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis. Mudah kan? Selamat mencuba.

Sumber: Puan Bueimah Paimen

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*