Bukan Sekadar Untuk Lembut Dan Wangikan Pakaian Ini Kegunaan Lain Pelembut Fabrik
Seorang ibu di Australia telah mendedahkan bagaimana dia menggunakan pelembut fabrik untuk membersihkan dindingnya yang kotor di rumah dan mendapati bahawa bukan dia sahaja yang menggunakan bahan tersebut dengan tujuan yang sama.
Wanita tersebut telah mencampurkan seperempat tudung pelembut fabrik dengan sebaldi air suam dan kemudiannya mencuci dindingnya dengan larutan berkenaan.
“Saya banyak terbaca tentang orang yang membersihkan dinding mereka dengan pelembut fabrik untuk membuatkan dinding mereka berbau harum. Saya terus mencubanya, dan tidak menyesal sejak dari itu,” tulisnya di Fbk.
“Dinding kelihatan menakjubkan dan baunya sangat sedap – setiap bilik berbau seakan berjalan di tengah-tengah ladang bunga ros. Saya sangat-sangat mencadangkannya,” katanya.
Gunakan Pelembut Fabrik Untuk Membersihkan Pintu Putih Yang Kusam
Seorang wanita lain yang juga menggunakan kaedah sama turut berkongsikan gambar sebelum dan selepas dia membersihkan kotoran di pintunya yang tidak pernah dibersihkannya dengan betul semenjak rumah tersebut di cat pada 6 tahun lalu”.
“Siapa sangka pintu ini sebenarnya berwarna putih. Saya menggunakan pelembut fabrik, berus yang keras dan sedikit air di dalam baldi. Gosok sekuat-kuatnya, lap dengan kain lembap dan ulanginya,” tulisnya di Fbk.
Katanya, dia tinggal di sebuah bandar perlombongan yang kebiasaannya dipenuhi dengan debu dan sudah hampir 6 tahun pintu rumahnya tidak digosok.
Kebolehan luar biasa barangan keperluan rumah yang lain juga turut ditunjukkan oleh wanita lain yang berkongsikan gambar di Fbk tentang caranya membersihkan tandas menggunakan krim pencukur yang dibelinya di pasar raya.
Wanita tersebut telah memuat naik foto sebelum dan selepas dia membersihkan tandasnya di Fbk. Menurutnya, krim pencukur itu perlu direndam selama kira-kira 30 minit sebelum dibersihkan dengan mop.
Wanita lain yang mencuba cara tersebut mengatakan bahawa cara tersebut sangat berkesan, terutamanya untuk menghilangkan bau air kncing.
“Satu-satunya cara yang boleh menghilangkan bau kncing. Ianya sangat digalakkan bagi ibu yang mempunyai anak lelaki!” tulis seorang ibu.
“Sangat berkesan….. ianya berjaya menghilangkan bau air kncing serta kotoran pada jubin lantai…. cuma jangan biarkan ia kering sahaja…. saya melakukan cara ini setiap minggu,” komen yang lain.
Sebahagian wanita yang mencuba cara tersebut menasihatkan agar tidak membiarkan krim pencukur itu terbiar terlalu lama, kerana jika dibiarkan terlalu lama, ia akan menjadi keras dan sukar untuk ditanggalkan.
Sumber: Daily Mail
Leave a Reply