Bersih Berkilat Hanya Guna 2 Bahan Cuci Cermin Cara Jepun
Bila kali terakhir korang cuci cermin dekat rumah tu? Mencuci cermin, tingkap atau mana-mana perhiasan di rumah kadang-kala memakan masa yang lama.
Apatalah lagi kalau masing-masing sibuk dengan rutin harian ditambah pula dengan karenah anak-anak sehingga membuatkan masa menjadi terhad.
Lagi satu kadang kala kalau tersalah teknik membersih cermin akan jadi bertambah tidak elok dengan kesan-kesan garis yang tak sepatutnya.
Sebenarnya kita tidak lah perlu sampai menggunakan bahan cecair kimia untuk membersih cermin ni, cara yang biasa kita pakai selalunya guna surat khabar kan? Tapi kalau sekarang memang jarang dah baca surat khabar susah juga takde stok di rumah.
Pija Chan menerusi laman Twitter miliknya berkongsi cara efektif mencuci cermin hanya guna dua bahan. Jom baca, esok bolehlah mula cuci sana cuci sini.
Ok mari kita mulakan thread cuci cermin!
Tips ni i belajar dkt tv jepun. Dah bertahun i buat & mmg Efektif digunakan lagi2 dkt cermin yg dekat dgn sumber air, sbb nnt cermin ada water stain tu (refer gambar cermin no 1)
From this to this
Selalu kan cermin kotor lekat habuk laa, lagi2 kalau cermin area sinki mesti ada bekas2 tempias air tu, annoying giIa. Nak i share ke macam mana i buat? Kalau ada yang nak, i share la kalau tak i malas la nak syok sendiri haha.
All you need is these two! Lemon juice and kitchen towel!
I guna lemon juice 100% yg guna utk masak tu je Boleh je nak guna fresh lemon pon. Yang penting jangan guna air jus lemon utk minum sbb yg tu dah ada gula haha.
Cara-cara:
- Tuang jus lemon dlm pinggan (kalau guna fresh lemon korang perah dulu)
- I campur dengan air sikit nak jimat jus lemon tu Jangan buat cair sgt nnt tak berapa jadi
- Rendam tisu dapur
Perah sikit, bagi tisu tu still basah so tisu boleh melekat dkt cermin
- Buka balik tisu tu, tampal dekat cermin
- Biarkan dlm 15min
- Cabut tisu
Lap bersih2 yg basah tu pakai tisu dapur yg kering pulak
Dan hasilnyaaaaaa cermin yang bersih macam baru!
I suka guna tips ni sebab tak payah beriya nak tonyoh cermin, jimat tenaga. Dan cermin dkt rumah sewa Jepun ni mostly ada coating, and kalau coating tu rosak/calar kena laa ganti balik satu set semua ni.
Selamat mencuba!
Sumber: Pija Chan
Leave a Reply