Tunjuk Hasil Dalam 3-4 Hari Ini Kaedah Mudah Tanam Daun Kesum Jimat Kos
Confirm tak gagal dan hidup dengan subur. Lepas ini petik belakang rumah sahaja. Tidak perlu keluar dah. Namun untuk mendapatkan daun kesum di luar mahupun pasar agak sedikit susah dan mahal. Apa kata kita cuba tanam sendiri.
Daun kesum sering digunakan dalam juadah harian terutamanya untuk memasak laksa dan juga asam pedas. Memang sedap kalau ada daun kesum ini dalam masakan. Ditambah pula dengan baunya yang begitu harum.
Cara saya tanam kesum, dan paling mudah hidup setakat ni, guna pucuk muda, siram dengan bancuhan baja kopi. Anti gagal.
CARA TANAM DAUN KESUM, DALAM 3-4 HARI DAH BERHASIL
Patah pucuk-pucuk atas dalam 5 ke 6 dahan, terpulang masing-masing. Selepas itu, cucuk dalam pasu lain, hari pertama memang layu lembik macam tak adaharapan, tapi biar je, siram manja-manja dengan bancuhan baja kopi (jangan terkena daun)
Perhatikan, nampak dah hijau-hijau halus. Senang cara ni. Kalau nak lagi cantik pastikan tanah ada cacing. Saya memang kumpul cacing dlm pasu, subur.
Cara bancuh bancuhan kopi:
- 4 liter air (sukat guna botol 100+ sahaja ) 1 botol, 1 liter.
- 1 sudu makan baja kopi
- Larutkan (Siram jangan kena daun)
Pokok daun kesum subur dan gemuk
Senang sahaja kan? Daun kesum pun hidup dengan subur. Selamat mencuba!
Leave a Reply