Kekal Elok Walau Dah 3 Bulan Ikut Kaedah Ini Simpan Kelapa Parut

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Kekal Elok Walau Dah 3 Bulan Ikut Kaedah Ini Simpan Kelapa Parut

Kalau tinggal berdekatan pekan atau kampung lebih mudah untuk mendapatkan kelapa parut ni boleh dikatakan stok memang sentiasa ada.

Tetapi kalau tinggal di bandar awal pagi lagi kadang tu dah abis kelapa parut tinggal santan je. Sebab itu stok kelapa yang sudah siap diparut ini memang kena sentiasa ada. Jadi elok juga beli dalam jumlah yang banyak supaya senang bila nak digunakan.

Kelapa parut memang banyak kegunaannya. Selain diperah untuk santan kita juga juga untuk membuat kuih, kerisik dan sebagainya.

Cara simpan kelapa parut supaya tahan lama

Supaya kelapa yang sudah diparut ini masih elok walau pun disimpan lama boleh ikut perkongsian Ani Zam. Cara ini boleh bantu kelapa parut tahan hingga dua hingga tiga bulan.

1. Letakkan kelapa yang sudah diparut di dalam loyang.

2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.

3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yg telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.

4. Biarkan sehingga sejuk dan masukkn ke dalam plastik. Simpan di dlm peti ais bahagian sejuk beku.

5. Kukus semula bila hendak menggunakannya.

Cara ini boleh bantu kelapa yang siap diparut tahan sehingga 2 @ 3 bulan.

Untuk mendapatkan santan yang pekat , kisar kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh kisar sehingga 3 kali kelapa tersebut utk mendapatkan santan yang pekat.

Sumber: Ani Zam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*