Semai Benih Ini Kaedah Yang Boleh Ikut Senang Nak Tumbuh
Mencuba hobi baru dengan bercucuk tanam, tentunya banyak perkara asas berkenaan menanam ingin dipelajari.
Jika ada perkongsian tentang tip atau trik cara menyemai anak benih yang mudah bagi memastikan tanaman dapat hidup dengan subur, pastinya ilmu itu cukup bernilai.
Dan untuk itu, di sini dikongsikan rahsianya untuk anda cuba!
Meh rapat2 siapa yang nak tau “CARA CikSue SEMAI BENIH” ramai yang tanya tapi tak boleh nk balas satu2.. ddk rumah pun bz tak boleh nk ngadap hp 24jam..
1. Tanah
Tak kisah nk guna tanah organik ke tanah bakar ke cocopeat ke, nak campur ngn tanah merah pn boleh.. kalau tanah tu elok utk tanaman elok la utk semaian.. bab tanah pun kena hati2 nak guna elok cuba dulu.. tanah PANAS pokok blh m4ti tau..
2. Benih
CARA RAJIN Letak tanah dlm pasu, lubangkan di tengah sikit, letak benih & kambus tanah.
CARA MALAS Tabur je benih dlm pasu bila dh 4 daun baru alih satu persatu, benih tak semuanya tumbuh.. CikSue memang guna cara malas nie.
3. Semai
Masa semai benih tu bagi je dia kena panas pagi.. CikSue mmg tak pernah bungkus ngn kain hitam ke plastik hitam ke kotak hitam ke bila kena panas pagi dia akan tumbuh dengan sihat.. tak la tinggi melayut je macam cacing, daun pn tak nampak.
4. Air
Bab air tak payah rajin sgt nk jirus hari2. Cukup sekadar basahkan tanah je.. kalau hari kedua tanah tu masih basah takyah la jirus.. sng kan?
5. Baja
Nak anak-anak hijau kita tu gemuk kene la bagi makan. Lagi senang guna baja AB sebab baja nie jenis cecair, cepat serap & senang nak bancuh cair.. budak kecik bagi baja cair je jangan banyak kang meninggal pulak dia.
Nie CARA SENANG dari CikSue.. harap bermanfaat kepada semua yang baru nak belajar menanam sayur.. Selamat mencuba.
Sumber : Suhafiza Sudin CikSue
Leave a Reply