Tetap Segar Walau Hampir 4 Minggu Simpan Ikut Kaedah Ini Simpan Daun Kunyit, Pudina Dan Kesum

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tetap Segar Walau Hampir 4 Minggu Simpan Ikut Kaedah Ini Simpan Daun Kunyit, Pudina Dan Kesum

Daun kunyit dah 3 minggu. Daun kesum dah 6 hari. Fresh lagi. First time cuba cara ni. Adik yang ajar. Katanya ini cara mak simpan sayur berdaun. Terbukti kekal kesegarannya.

Sayur jenis daun memang tak tahan lama kalau diletak begitu saja dalam peti sejuk. Selalu 3 hari dah layu. Yang ada tanam pokok daun-daun ni tiada masalah sebab nak pakai petik je kan, tapi kalau tiada memang kena beli dan simpan lah. Tak kan setiap kali masa nak memasak nak kena pergi kedai beli agak leceh juga tu kan?

Tapi kalau ikut cara yang dikongsi oleh Huda Zainal, daun kunyit dan kesum yang disimpah lama pun masih segar.

Biasanya daun kunyit, 3 minggu dah kuning dan layu. Daun kesum lagi tak payah kata. Sehari dua dah layu.

Cara Simpan Daun Kunyit, Kesum & Pudina

Lapik kitchen towel dalam bekas. Nak guna kain pun boleh.

Basahkan kitchen towels tu. Biar dia lembap.

Macam tu. Tak banjir. Sekadar lembap je.

Masukkan daun kesum & kunyit. Kalau nak guna untuk simpan pudina pun boleh.

Cover atas daun tu dengan kitchen towel lembap juga. Lepas tutup bekas. Masukkanlah dalam refrigerator.

Selamat mencuba!

Sumber: Huda Zainal














Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*