Bau Najis Kucing Ini Kaedah Mudah Hilangkan Supaya Tidak Menggangu Jiran Tetangga

Join Telegram Akak Pesan Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Telegram logo png, Telegram logo transparent png, Telegram ...

Bau Najis Kucing Ini Kaedah Mudah Hilangkan Supaya Tidak Menggangu Jiran Tetangga

Ramai yang suka membela kucing kerana sikap kucing yang manja dan suka di belai malahan pelbagai lagi aksi kucing memberikan ketenangan kepada penjaga kucing.

Namun jika anda tinggal di kawasan bandar dimana kawasan yang kejiranannya bersebelahan dan dekat dengan halaman rumah anda membela kucing agak mencabar. Ini kerana jika anda tidak mendidik kucing peliharaan dengan betul masalah membuang najis di merata tempat akan berlaku.

Malahan jika anda tidak menjaga kebersihan sangkar, tempat makanan dan tandas kucing baunya bukan setakat menusuk ke hidung anda tetapi juga jiran disekeliling.

TANGGUNGJAWAB PENJAGA KUCING

Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing harus tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing. Bila kucing dibela dari kecil, corak pemakanan yang berbeza juga perlu diperhatikan.

Selain makanan, banyak lagi perkara lain yang perlu diambil perhatian seperti imunisasi kucing, jadual makan ubat, temu janji doktor, mandi kucing, menyikat bulu, melatih kucing untuk membuang di tempat yang disediakan dan sebagainya.

Pemilik kucing harus bertanggungjawab dgn tindakan kucingnya dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Kita harus memahami bahawa mungkin jiran anda alahan dgn kucing atau kurang selesa dengan bau-bau najis kucing yang mengganggu ketenteraman awam.

Tip Hilangkan Bau Najis Kucing

Gunakan arang untuk menghilangkan bau najis kucing. Caranya ialah letakkan sebekas arang di sebelah tandas kucing kita. Arang memiliki fungsi penyerapan yg sangat luar biasa iaitu dapat menyerap pelbagai jenis kvman dan juga bakteria yang menyebabkan bau busuk di udara.

Simpan sebotol minyak kelapa dara sebagai persediaan merawat kucing anda yang sakit. Minyak kelapa dara mempunyai banyak fungsi seperti melancarkn sistem pencernaan dan juga mampu bertindak sebagai antibakteria kepada kucing.

Minyak kelapa dara juga mampu untuk meningkatkan selera makan dan antibodi kucing. Anda boleh campurkan minyak kelapa dara ke dalam makanan kucing atau suapkan terus ke dalam mulut kucing.

Kredit: norliza hani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*