Kulat Di Span Basuh Pinggan Banyak Nampak Macam Okay Ini Cara Tanganinya
Penggunaan span basuh pinggan untuk jangka masa yang lama mungkin boleh membhayakan diri anda. Anda gunakan span untuk membersihkan pinggan, mangkuk, cawan, botol susu baby, periuk, sudu garfu, dan bermacam-macam lagi perkakas dapur.
Namun tahukah anda, pelbagai jenis kvman bktria, Acinetobacter, Moraxella, Chryseobacterium, dan kulat melekat di span dapur rumah anda.
Menurut perkongsian di Fbk Public Health Malaysia, kuman itu masih boleh wujud walaupun telah direndam dalam sabun.
“Anda mungkin berpendapat, sabun pinggan anda boleh bunuh kvman-kvman tersebut. Namun kajian-kajian telah menunjukkan kvman masih wujud walaupun ianya direndam dalam sabun pinggan dan boleh jadi lebih kotor berbanding keadaan di dalam tandas anda.
“Span adalah SYURGA bagi kuman. Anda dan keluarga anda juga berisi ko untuk mendapat cirit birit jika tidak bernasib baik.
“Tahukah anda, span basuh pinggan di rumah anda perlu ditukar setiap tiga minggu sekali?” kongsi laman tersebut.
Dalam pada itu, Public Health Malaysia juga memberikan beberapa tips untuk membersihkan span basuh pinggan.
- Rebus 5 minit atau
- Microwave. Letak dlm air + bleach selama 2 minit atau,
- Beli span baru. 3 minggu sekali wajib tukar.
Lebih afdal, seminggu sekali tukar atau bila dah berbau busuk, mana-mana lebih awal.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua.
Leave a Reply