Tanam Daun Pudina Di Rumah Segar Dan Sihat Guna Cara Hidroponik Jimat Kos Dan Mudah
Banyak manfaat yang anda peroleh apabila bercucuk tanam di rumah. Selain menjimatkan tak perlu beli sayur di kedai, ini juga salah satu aktiviti yang boleh dijadikan hobi bermanfaat.
Cara yang dikongsikan oleh puan Raudzah Arippin ini yang menggunakan kaedah hidroponik untuk tanam daun pudina di rumah.
Pokok pudina ini saya tanam secara hidroponik ringkas, ikut panduan di youtvbe. Ini gambar-gambar terbaru.
Nanti Kak Odah cari semula masa baru-baru buat. Dulu sikit saja daunnya dan kecil-kecil. Sekarang sudah makin lebat dan besar-besar daunnnya.
Ok, kalau mahu cuba tanam daun pudina boleh ikut langkah-langkah berikut ini :
1. Dapatkan anak pokoknya yang mempunyai akar. Saya beli di nurseri.
2. Sediakan satu bekas untuk diisi air dan penapis di atasnya (atau lubangkan bekas makanan). Boleh lihat gambar.
3. Keluarkan pokok pudina tadi dari tanah dan bersihkan akarnya.
4. Letak pudina pada bekas tapis dan masukkan akar-akar pudina tadi melalui lubang-lubang pada tapis tersebut. Jika kecil sangat, potong sedikit untuk besarkan.
5. Pada bekas air di bawahnya pula, letakkan air sehingga paras bawah penapis. Atau pastikan akar terendam dalam air.
6. Masukkan baja air AB ikut sukatan pada panduan penggunaan baja. Bacaan ppm untuk pudina ialah 1400-1680 ppm. (Baja AB dan alat bacaan ppm air boleh dibeli dalam talian. Murah je)
7. Seminggu atau 2 minggu sekali kena potong potong pucuk pudina ini untuk menggalakkan lagi pertumbuhan daun baru. Juga kena periksa paras air dan kandungan bajanya.
Selamat mencuba!
Kak Odah Anderson Terapi Berkebun
Sumber: Raudzah Arippin
Leave a Reply