Malas Nak Basuh Pinggan Lemak Daging Melekat Banyak Ikut Kaedah Ini Senang Nak Tanggal

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Malas Nak Basuh Pinggan Lemak Daging Melekat Banyak Ikut Kaedah Ini Senang Nak Tanggal

Ketika musim raya Haji dimana masakan utama yang akan dihidangkan pastinya berasaskan daging. Maklumlah masa ini lah ramai yang memberikan daging k0rban dan ada juga yang melakukan ibadah k0rban ini. Jadi dalam peti ais mesti banyak dagingkan?

Beberapa hari dalam tempoh perayaan ini menu di rumah juga banyak berasaskan daging. Contohnya, sup daging, sup tulang, daging goreng dan pelbagai lagi menu yang diminati oleh masyarakat kita semasa menyambut raya Haji.

Masa inilah, ramai yang mengambil peluang untuk menikmati sup tulang lembu segar sebagai juadah makan tengah hari.

Rata-rata dari kita semua akan menghadapi masalah setelah menjamu sup berasaskan daging iaitu mencuci pinggan.

Kebiasaan pinggan mangkuk yang digunakan tidak akan dicampur dengan yang lain kerana khuatir lemak-lemak yang tersisa melekat atau berjangkit pada yang lain. Lemak tersebut jika sabun berkali-berkali tetap tidak akan membersihkan pinggan.

Menurut seorang pengguna Fbk, beliau telah berkongsi tips mencuci pinggan mangkuk plastik yang melekat dengan lemak daging.

Sebelum ini tau guna tepung masa cuci ayam je. Tak pun jirus air panas. Tapi, kenduri kendara mana nak sempat kalau nak jerang air panas kan?

Katanya anda hanya perlu tambah tepung gandum dalam serbuk pencuci baju dan juga air. Jika anda tidak mahu gunakan sabun pencuci baju, cuba guna sabun pencuci pinggan.

Semua lemak daging yang melekat senang untuk dibuang dan dicuci!

Jadi, jika anda makan sup daging dan susah untuk dicuci, boleh cuba tips ini di rumah pada raya Haji kali ini. Mudah sikit kerja anda semua.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*