Dapur Kecil Nampak Luas Dan Kemas Ubahsuai Dapur Bajet Kos Pun Tak Cecah Ribuan Ringgit

Dapur Kecil Nampak Luas Dan Kemas Ubahsuai Dapur Bajet Kos Pun Tak Cecah Ribuan Ringgit

Ramai yang idamkan dapur yang cantik, kemas dan luas. Meski ada keinginan tapi faktor bajet selalu jadi halangan.

Namun begitu nak dapatkan dapur yang teratur, kemas tak semestinya perlu modal yang besar. Boleh tiru cara Raja Nurhazwani yang melakukan makeover dapur kediaman ibunya. Bajetnya tak sampai pun RM800. Sesuai sangat kan!

Keadaan Sebelum Ubahsuai Dapur

Untuk mengatasi masalah ini saya telah menghadkan bajet untuk projek ini sebanyak RM800. Itulah anggaran untuk peralatan utama yang saya gunakan :

  • 4 roll plain wallpaper ( RM 17/each @ Shoppe)
  • 2 roll brick wallpaper ( RM 16/each @ Shoppe)
  • 1 set meja & kerusi ( RM 350 @ Shoppe)/ 1 set blind ( RM 45 @ shoppe)
  • 2 Unit rak Hyllis saiz besar ( RM 60.00/each @ Ikea) saya beli dengan personal shopper
  • 3 liter Cat (RM15. 10/each @ Hardware)
  • Storage (RM80 @ Ecoshop)

TOTAL : RM 740.30

Keadaan sebelum memulakan makeover. Terdapat 3 masalah utama yang saya kenalpasti iaitu:

  1. Kurang pencahayaan
  2. Ruang dapur sempit
  3. Kedudukan barang tidak tersusun
  4. Bajet

Sebelum & selepas ubahsuai Dapur

Inilah hasilnya

Meja untuk letak barang ditukar pada yang lebih ringkas

Tempat letak barang khusus diadakan supaya kemas

Bahagian singki & tingkap berubah wajah

Dapur memasak

Selepas guna wallpaper brick pvc terus nampak beza

Rak tambahan untuk mudah letak peralatan dapur.

Sumber:  Raja Nurhazwani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*