Sayuran Kena Serangga Perosak Ini Cara Berkesan Nak Pulihkan Jimat Kos Dan Mudah
Penat menanam, sayur pun dah bercambah tiba-tiba kena serangan serangan perosak. Memang frust dibuatnya. Tapi jangan susah hati ada cara mudah nak pulihkan tanam sayur yang terkena serangga perosak atau kutu daun.
Boleh cuba cara yang dikongsi oleh Nor Anna yang berjaya pulihkan bayam Brzil yang rosak akibat dis3rang serngan perosak.
Tanaman hidup subur pada awalnya tapi dalam masa dua hari daunnya habis dimakan oleh serangga kecil itu. Tapi daun bayam yang rosak itu kembali pulih selepas mengamalkan air semburan bunga cngkih.
Gambar 1- daun bayam Brazil sedang ‘dikendvrikan’ serangga perosak
Cara buat air semburan bunga cengkih
- Ambil satu sudu besar cngkih.
- Rebus dalam seliter air paip. Saya guna air tapis.
- Selepas sejuk masukkan dalam botol spray.
- Spray setiap hari pagi dan petang.
Sembur saja tak perlu cabut daun-daun yang rosak, supaya nanti kita akan dapat lihat perbezaannya.
Gambar 2 – Dah nampak sedikit perbezaan selepas disembur air cngkih
Gambar 3 – Bayam Brazil dah kembali pulih dari Serangga Perosak
Info: Sudu plastik tu untuk elak kucing duduk atas tanaman. Ada jugak letak garfu atau chopstick.
Leave a Reply