Pakaian Berbulu Kembali Jadi Baru Hanya Guna Alat Ini Mudah Dan Jimat Kos

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Pakaian Berbulu Kembali Jadi Baru Hanya Guna Alat Ini Mudah Dan Jimat Kos

Perasan tak pakaian kita yang diperbuat daripada kapas bila sudah lama itu tiba-tiba akan tumbuh ‘bulu’. Pakaian berbulu ini terjadi ketika serat pada kain atau pakaian bergesekan sehingga menyebabkan bahan itu rosak dan membentuk tumpukan bulu-bulu kecil. Hal ini biasanya berlaku disebabkan baju yang dicuci dengan kasar mesin basuh.

Tengok pakaian berbulu ini sudah tentu sangat menjengkelkan lebih-lebih lagi jikalau ianya terjadi pada baju kesayangan. Nak pakai baju berbulu ini selain membuat kita rasa tidak selesa, pasti rasa tak best juga bila dipandang orang.

Haa.. Sebenarnya ada cara untuk setelkan masalah pakaian berbulu ini pada pakaian kesayangan korang. Apakah caranya? Memperkenalkan ‘Rolling Lint Remover‘.

Dengan hanya beberapa gulingan, alat kecil berharga RM5.90 dari Daiso ini dapat mengeluarkan bulu-bulu kecil dan menjadikan pakaian anda kelihatan seperti baru sahaja membelinya!

Menerusi laman Twtter, seorang gadis yang dikenali sebagai @SaidaZarifah telah memuat naik video demo menggunakan Rolling Lint Remover pada pakaiannya.

Dalam video tersebut, Saida berkata dua bateri double-A perlu digunakan untuk menghidvpkan bilah di dalam peralatan kecil itu.

Dia kemudiannya menyikat alat itu di atas kemeja dan setelah hanya 30 saat aplikasi, semua bulu-bulu pada pakaian itu hilang. Bukan itu sahaja, Saida juga menyebut bahawa Rolling Lint Remover ini mempunyai ruang menyimpan serat yang telah dikeluarkan.

Ternyata perkongsian daripada Saida ini berjaya menarik perhatian netizen dan mendapat lebih 17 ribu retweets dan 35 ribu tanda suka.

Sebenarnya kalau korang pakai pisau cukur pun boleh juga tetapi kena pastikan jangan tekan kuat-kuat sangat takut rosak pakaian korang nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*