Tahan Lama Sehingga 2 Minggu Ini Kaedah Simpan Strawberi Baru Tak Rugi Beli Banyak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tahan Lama Sehingga 2 Minggu Ini Kaedah Simpan Strawberi Baru Tak Rugi Beli Banyak

Jika mak-mak selalu beli buah Strawberi dalam jumlah yang banyak, baik untuk makan sendiri atau untuk hiasan pada kek jualan sebaiknya ikut cara simpan yang betul untuk buah ini. Barulah buah Strawberi boleh bertahan lama dan kekal segar sehingga dua minggu.

Buah Strawberi antara buah yang cukup sensitif, mudah lembik, berair dan rosak jika disimpan begitu sahaja dalam peti sejuk.

Berikut tip perkongsian cara simpan strawberi daripada Puan Rahayu Rusli sebagai panduan.

“Mesti ada yang penggemar Strawberi atau bakers-bakers yang selalu guna Strawberi dilema untuk simpan Strawberi supaya tahan lama kan.”

MEH SINI SIS NK SHARE CARA SIMPAN BUAH STRAWBERRY SUPAYA TAHAN LAMA, TAK BERKULAT DAN BERAIR. INSYA ALLAH BOLEH TAHAN SATU MINGGU HINGGA DUA MINGGU (BERGANTUNG PADA KESEGARAN BUAHNYA).

Tip untuk tahu buah segar atau tak, kena tengok daunnya. Kalau daun masih hijau, takde kuning-kuning atau hitam, Insya Allah buah masih segar.

Bahan Diperlukan:

  • Buah Strawberry
  • Tisu
  • Bekas Untuk Simpan

Benda pertama kena buat mesti lah kena pergi beli buah strawberry dulu. Terpulang la nak gi beli kat mana. Asalkan buah strawberry tau.

Boleh tengok step pada setiap gambar ye. Moga bermanfaat.

Kita perlukan buat Strawberry, tisu (tisu yang tebal ye, nak guna tisu dapur pun boleh. Supaya air-air wap boleh meresap pada tisu dan tisu tak cepat lembik).

Bekas untuk simpan. Saya guna bekas yang letak kek je. Bekas tu make sure berlubang ye.Supaya udara dapat keluar masuk. Nanti takde la air bertakung dalam tu. Saya tebuk bekas guna pemutar skru suami.

Cara-Caranya:

1. Basuh tangan bersih-bersih. Ambil buah, sebolehnya buah dalam keadan kering letak atas tisu. Pastu balut ikut kreativiti.

2. Janji buah berbalut macam ni.

3. Habis semua, susun dalam bekas tadi. Susun elok-elok supaya tak terbuka.

4. Tutup bekas dan boleh simpan dalam peti sejuk.

5. Hasilnya. Daun-daun masih segar hijau lagi tau.

Selamat Mencuba cara Simpan Strawberi ni, Insya Allah menjadi!

Sumber: Rahayu Rusli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*