
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Bantu Halau Semut Dan Percepat Pertumbuhan Biji Benih Tanaman Hanya Guna Bahan Ini Boleh Buat Sendiri
Berkebun memang terapi di rumah, nak pula kalau ada laman yang luas lebih sedap mata memandang kebun di rumah masing-masing meskipun saiznya sama ada kecil atau besar.
Selain dari penggunaan bahan k1 mia untuk membantu pertumbuhan atau mengelakkan serangga perosak, semakin ramai yang memilih bahan organik untuk kebun mereka.
Kegunaan bahan dapur di kebun seperti cuka, baking soda dan pelbagai lagi umum dah tahu. Tapi, ada lagi satu bahan dapur yang mempunyai kebaikkan kepada tanaman hasil perkongsian di Balconygadenweb.com iaitu, kegunaan tepung jagung untuk tanaman di kebun anda.
Berikut 5 kegunaan tepung jagung di laman kebun anda.
1. Mempercepatkan pertumbuhan biji benih
Jika sebelum ni impiana pernah kongsi tip untuk campurkan serbuk kayu manis dengan biji benih supaya tak dise rang perosak. Kali ni, balconygardenweb.com berkongsi tip untuk pastikan biji benih cepat bercambah dengan mnggunakan tepung jagung.
Sebelum semai, gaulkan sedikit tapung jagung bersama biji benih Ia akan menyebabkan biji benih sentiasa dalam keadaan hangat dan benih cepat bercambah. Kegunaan tepung jagung dalam pertumbuhan biji benih ni memang menjimatkan kos di awal tanaman.
2. Meningkat struktur tanah pesisir pantai
Tanah yang mengandungi pasir yang tinggi sukar untuk pembiakkan tanaman terutamanya dari jenis yang memerlukan kelembapan seperti sayuran.
Cara untuk memulihkan struktur tanah berapsir agar mempunyai peganggan kelembapan yang tinggi adalah dengan mencampurkan sedikit tepung jagung ke dalam medium taanamn yang berpasir
Menurut North Carolina Agricultural and Technical State University tepung jagung berupaya mengubah struktur tanah
3. Mengekalkan kelembapan tanah
Campurkan 2 sudu tepung jagung ke dalam 1 gelen air siraman. Ia akan akan mengekalkan kelembapan di dalam tanah untuk tempoh yang lama. Namun teknik siraman ini tidak sesuai di lakukan setiap hari kerana ia akan merosakkan struktur tanah
4. Untuk mengawal pencmaran nitrogen
Kadar urea yang tinggi akan menyebabkan tanah tercmar. Untuk mengatasi masalah ni, taburkan tepung jagung pada bahagian yang tercemar untuk mengawal kesan tidak baals nitrogen pada permukaan tanah
5. Mvsnahkan semut di kebun
Tepung jagung adalah kaedah paling efektif memvsnahkan semut di kebun secara alami. Letakkan gula yang telah dicampur bersama tepung jaging berhampiran dengan sarang semut.
Semut yang makan gula tersebut akan mengalami masalah pencernaan. Yang lebih menarik, sifat semut yang suka membawa makanan ke dalam sarang akan menyebabkan koloni tersebut mengalami masalah yang sama.
Leave a Reply