Bayam Brazil Sihat Merimbun Ini Kaedah Tanaman Dan Elak Dihinggap Ulat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Bayam Brazil Sihat Merimbun Ini Kaedah Tanaman Dan Elak Dihinggap Ulat

Sejak akhir-akhir ni memang makin ramai yang minat nak tanam pokok bayam Brazil dekat rumah kan? Kalau nak tahu, bayam Brazil ni nama saintifiknya adalah Althernanthera sissoo dan ia merupakan spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amrka Selatan.

Selain sedap dimakan, ramai rakyat Malaysia yang berminat nak tanam bayam Brazil ni sebab ia mudah hidup dan pembiakannya melalui keratan batang.

Bayam Brazil ni juga cepat membesar. Daunnya boleh dimakan sebagai ulam / salad atau boleh juga dimasak.

Secara purata tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi dengan saiz daunnya sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar.

TIP TANAM BAYAM BRAZIL SUPAYA TAK DIS3RANG ULAT

Tapi perasan tak, salah satu masalah bila kita tanam bayam Brazil ini adalah sera ngan ulat perosak yang menjadikan daunnya berlubang-lubang.

Jadi dalam artikel ini, kami ingin kongsikan juga salah satu petua oleh Puan Siti Samsiah yang berjaya mengatasi masalah ini dengan menggunakan bunga cngkih.

Caranya:

  1. Ambil satu sudu teh bunga cengkih.
  2. Rebus sampai mendidih dengan 1 liter air.
  3. Tutup api dan sejukkan.
  4. Bila dah sejuk, tapis dan spray pada pokok yang dis3rang ulat.
  5. Spray 2-3 hari sekali.

Menurut beliau, daun yang rosak hncur dimakan ulat tidak dibuang. Ia hanya di spray saja.

Nampaknya lepas mempraktikkan petua ini, daun-daun dan pucuk baru dah cantik dan merimbun. Masalah pun selesai!

Inilah hasilnya

Memang mudah dan selamat sebab tak perlu pakai penyembur bahan ki mia kan? Kalau yang tak tahu rupa bunga cngkih tu macam mana, ini gambarnya.

Biasanya boleh dicari dekat bahagian rak rempah di pasaraya. Kalau dalam Bahasa Inggeris ia disebut cloves.Jadi kalau ada yang mengalami masalah bayam Brazil yang dise rang ulat, bolehlah cuba tips ini ya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*