Tanam Nanas Dalam Polybag Ikut 6 Kaedah Ini Hasil Memuaskan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tanam Nanas Dalam Polybag Ikut 6 Kaedah Ini Hasil Memuaskan

Mesti ramai peminat nanas di sini yang ingin tanam nanas sendiri kan? yerlah bukan sahaja buahnya manis dan masam sedap di buat jus tetapi lebih ranggup kalau di makan begitu sahaja. Kalau tanam sendiri boleh puas makan nanas setiap hari.

Tapi ramai yang dah mencuba untuk tanam nanas sendiri tapi gagal mendatangkan hasil yang memuaskan. Ada yang pokok nanas m4 ti seawal beberapa minggu dan ada yang pokok nanas hidup segar tapi sayangnya tidak menghasilkan buah seperti yang diharapkan.

Nanas adalah tanaman kontan yang senang tumbuh dan tidak memerlukan air yang banyak untuk hidup. Setakat ini saya sudah menanam lebih 3k pokok nanas terutama jenis MD2 dan nanas madu kerana permintaanya yang tinggi di pasaran.

Artikel kali ini saya mahu kongsikan petua dan syarat menanam nanas dalam polybag. Mungkin ramai yang tidak tahu.

Petua Tanam Nanas Dalam Polybag

1. Bila nak tanam nanas ni, jangan tanam di bawah pokok yang tidak terkena cahaya matahari, mesti tanam di kawasan terbuka.

2. Jika tanam dalam polybag, campurkan tanah hitam dengan tanah organik atau tanah kompos.

3. Lepas tanam nanas, jangan terus tabur baja subur, biar dulu sampai nampak pucuk baru keluar, bermakna akar sudah keluar.

4. Kalau dalam satu minggu ada hujan sekali pun sudah memadai untuk nanas.

5. Tolong JANGAN siram nanas setiap pagi dan petang. Nanas akan semput dan terbantut lalu akarnya mereput.

6. Akhir sekali, SAHABAT BAIK nanas adalah cuaca yang panas. Mvsuh nanas adalah tanah yang lembab.

Sebelum tanam nanas dalam polybag, semai dulu dalam botol mineral berisi air, lepas 2 minggu keluar akar barulah pindah ke tanah atau polybag, korang boleh belah 4 jika mahu.

Pokok dah mula membesar

Tanam nanas dihalaman rumah je, cukup untuk makan sendiri…

Nanas dalam polibag, melentok-lentok buahnya, dengan syarat dan petua, boleh makan nanas sampai puas!

Selamat menanam nenas dan semoga artikel pendek ini bermanfaat untuk semua pembaca setia blog PSP. Pounsikou!

Kredit gambar: Halim Waghih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*